Bayaran Fidyah Melalui Bank





Dari Group Telegram MSO-D16 : Muamalat dan Ekonomi Islam



🔴Soalan:


Assalamualaikum ust
boleh kah bayar fidyah melalui bank in?

Jawapan kami;

Menurut majoriti ulamak selain mazhab Hanafi, tidak harus mengeluarkan fidyah dengan nilaian seperti wang (al-Mausuah al-Fiqhiyyah). Hal ini adalah berdasarkan firman Allah Taala;

فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ

"Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu."(Surah al-Ma'idah 89)

فَإِطْعَامُ سِتِّينَ مِسْكِينًا ۚ

"maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin."(Surah al-Mujadalah 4)

Namun begitu, menurut pengamalan pihak berkuasa agama di negara ini, pembayaran fidyah harus dikeluarkan dalam bentuk nilaian (harga) beras sepertimana zakat. Hal ini kerana fidyah adalah pengganti daripada suatu ibadah yang telah ditinggalkan, berupa sejumlah makanan yang diberikan kepada fakir miskin.

Sehubungan itu, dengan mengamati definisi dan tujuan fidyah yang merupakan santunan kepada orang-orang miskin, maka harus memberikan fidyah dalam bentuk wang. Malah ianya lebih memberi manfaat kepada penerima agar dapat dipergunakannya untuk keperluan lain.

Justeru, harus membayar fidyah melalui bank in asalkan penerimanya memang benar-benar berkelayakan iaitu mereka terdiri daripada golongan fakir atau miskin sahaja. Firman Allah Taala;

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ

"dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin."(Surah al-Baqarah 184).

Wallahua'lam

Oleh Ustaz اليسع

Group Muamalat & Ekonomi Islam MSO-D16
https://telegram.me/joinchat/Ae6R7jucnQ9D4g0ceVmUmg

0 Comment "Bayaran Fidyah Melalui Bank"

Post a Comment

Thank you for your comments