Kurang Jumlah Jemaah Solat Jumaat




Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

Salam..ustaz...ada soaln pnting ni.. blaku d kmpg sy sndri.. surau d kmpg sy bru shja kna nak traf mjdi msjid..ada wt solat jmaat.. tpi mslhnya xsmpai 40org yg dtg solat jmaat..hnya 20lbh org shja.. sbb pdduk kmpg lain solat d msjid daerah..lbih kurng 2km ja msjd daerah drpd msjd kmpg kmi..

Jawapan Kami

Mengikut pendapat yang saheh lagi masyhur dalam mazhab syafi’e, tidak sah solat jumaat jika bilangan kurang daripada empat puluh orang lelaki yang baligh, mukallaf dan merdeka. Mereka semua mestilah bermastautin iaitu menetap di tempat tersebut.
Khilaf dalam mazhab berkenaan adakah imam termasuk dalam bilangan empat puluh, iaitu pendapat saheh dalam mazhab, atau pendapat kedua imam mesti berlebih daripada kiraan empat puluh.
[Raudhah Tolibin:jilid 1/ms 512]

Jika dua kampung berdekatan sekali pun, dan setelah dicampur dua kampung maka cukup lah bilangan empat puluh untuk mengerjakan jumaat, masih tidak dikira kerana bilangan mereka bukan menetap di satu kampung.
[Kifayah al akhyar: jilid 1/ms:90]

Wallahu a’lam

Oleh Ustaz Aziz @azizkanun

USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Kurang Jumlah Jemaah Solat Jumaat"

Post a Comment

Thank you for your comments