Hukum Dikeluarkan Zakat Bagi Kanak-kanak & Orang Gila




Dari Group Telegram MSO-D16 : Muamalat dan Ekonomi Islam

Soalan: 

Ustaz..kalau seorang bayi dapat harta pusaka.adakah bayi itu kena keluarkan zakat..
sebb syarat sah zakat de pulak sebut yg baligh?

Jawapan kami:

Para Ulama' telah sepakat tentang wajibnya zakat ke atas harta seorang muslim yang baligh dan berakal,
namun mereka berbeza pandangan tentang harta milik kanak-kanak yang belum baligh dan juga milik orang gila; apakah wajib dikeluarkan zakat atau tidak?

Pertama; Jumhur Ulama' (terdiri daripada Imam Malik, Imam Syafi’i, Ahmad, ‘Ata’, Mujahid, Az Zuhri dan sebagainya) berpendapat; WAJIB dikeluarkan zakat dari harta mereka.

Kedua; Imam Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya berpendapat; zakat yang wajib dikeluarkan dari harta kanak-kanak dan orang gila itu hanyalah bagi harta pertanian dan buah-buahan sahaja, tidak bagi harta-harta dari jenis yang lain.

Ketiga; Imam Abu Jaafar, as-Sya’bi dan an-Nakha’ie perpandangan; keseluruhan harta kanak-kanak dan orang gila tidak wajib dikeluarkan zakat.

Pendapat yang KUAT ialah pandangan jumhur. Oleh demikian, harta milik kanak-kanak dan orang gila di kalangan orang Islam wajib dikeluarkan zakat sama ada harta itu berupa haiwan ternakan, tanaman dan buah-buahan, perniagaan, wang simpanan dan sebagainya. Yang bertanggungjawab mengeluarkan zakat bagi pihak kanak-kanak dan orang gila itu ialah WALI atau Penjaga mereka (Fiqh az-Zakah, 1/ 138).

WallaaHu'alam.

Group Muamalat & Ekonomi Islam MSO-D16
https://telegram.me/joinchat/Ae6R7jucnQ9D4g0ceVmUmg

0 Comment "Hukum Dikeluarkan Zakat Bagi Kanak-kanak & Orang Gila"

Post a Comment

Thank you for your comments