Hukum Menjawab Azan Radio




Soalan:

Salam ust. Apa hukum menjawab azan yang berkumandang di Radio?

Jawapan kami;

Sekiranya azan yang dikumandangkan dalam radio tersebut dilaungkan secara langsung dan bukannya rakaman, maka ia sunat dijawab.

Namun, sekiranya ia dikumandangkan secara rakaman, maka ulamak berbeza pandangan berkaitan hukum menjawabnya.

Menurut Syeikh Ismail Uthman Zain al-Yamani, azan yang dirakam tidak sunat  dijawab (Qurrah al-'Ain). Manakala menurut Syeikh Muhammad bin Ahmad al-Syatiri, azan yang dirakam juga sunat dijawab (Syarh al-Yaqut al-Nafis).

Wallahu a'lam.

Oleh Ustaz اليسع


USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Hukum Menjawab Azan Radio"

Post a Comment

Thank you for your comments