Hadis-hadis Tentang Bersin




Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith

Soalan:

Boleh tak bagi hadis ttg doa ketika bersin dan mendengar bersin ? syukran

Jawapan dari Ustaz Zulhasni Mat Resat:


Hadis-hadis tentang bersin

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْعُطَاسَ وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ فَإِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ وَحَمِدَ اللَّهَ كَانَ حَقًّا عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ سَمِعَهُ أَنْ يَقُولَ لَهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ وَأَمَّا التَّثَاؤُبُ فَإِنَّمَا هُوَ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ فَإِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا تَثَاءَبَ ضَحِكَ مِنْهُ الشَّيْطَانُ

Terjemahan

Daripada Abu Hurairah, daripada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Apabila seseorang itu bersin maka pujilah Allah. Menjadi tanggungjawab seseorang yang mendengar saudaranya bersin untuk mendoakannya dengan berkata:

يَرْحَمُكَ اللَّهُ

(semoga Allah merahmati kamu).

Adapun menguap, ianya daripada syaitan. Apabila seseorang itu menguap hendaklah dia menahan semampu yang ia boleh. Apabila seseorang itu menguap maka syaitan akan mentertawakannya.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَلْيَقُلْ لَهُ أَخُوهُ أَوْ صَاحِبُهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ فَإِذَا قَالَ لَهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ فَلْيَقُلْ يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

Terjemahan

“Apabila seseorang itu bersin, maka hendaklah ia memanjatkan pujian kepada Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebutkan “يَرْحَمُكَ اللهُ”, maka hendaklah dia mengucapkan “يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ” (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا عَطَسَ وَضَعَ يَدَهُ ، أَوْ ثَوْبَهُ عَلَى فِيهِ ، وَخَفَضَ ، أَوْ غَضَّ بِهَا صَوْتَهُ .

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu‘anhu, beliau berkata:

“Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya (untuk menutupnya) sambil memperlahankan suaranya (bunyi bersin).”

(Hadis riwayat Abu Daud)

عَنْ نَافِعٍ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ إِذَا عَطَسَ فَقِيلَ لَهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ قَالَ يَرْحَمُنَا اللَّهُ وَإِيَّاكُمْ وَيَغْفِرُ لَنَا وَلَكُمْ

Dari Nafi radhiyallahu ‘anhu,

“Apabila Ibnu Umar (radhiyallahu ‘anhu) bersin dan seseorang mengucapkan:
“يَرْحَمُكَ اللهُ” 
(semoga Allah memberi rahmat kepadanya), maka dia (Ibnu Umar) mengucapkan:

“قَالَ يَرْحَمُنَا اللَّهُ وَإِيَّاكُمْ وَيَغْفِرُ لَنَا وَلَكُمْ” 
(Semoga Allah memberi rahmat ke atas diri kami dan kamu  dan mengampunkan kamu dan kamu)”.

(Hadis Riwayat Imam Malik)

Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO

0 Comment "Hadis-hadis Tentang Bersin"

Post a Comment

Thank you for your comments