Istilah Khilaful Afdhal

carta rujukan mazhab syafie


Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

Salam ust. Ada tak istilah khilaful afdhal dalam mazhab kita? Boleh bagi contoh masalah tak ust? Sbb istilah ni ramai org tak tau hatta asatizah. Bila ana sebut, depa kata takdak atau mgkn mazhab lain.

Jawapan kami;

Khilaful afdhal merupakan suatu istilah yang digunapakai bagi merujuk kepada perkara-perkara yang tidak ditegah daripada melakukannya, tetapi dikirakan sebagai perkara yang lebih afdhal ditinggalkan kerana perkara yang berlawanan dengannya pula adalah merupakan perkara yang lebih afdhal dilakukan (al-Tarmasi).

Misalnya seperti amalan melazimi amalan membaca Surah al-Takathur sehingga Surah al-Masad di dalam rakaat pertama solat terawih serta disusuli Surah al-Ikhlas pada setiap rakaat keduanya atau membaca satu juzuk sempurna di dalam enam belas rakaat terawal terawih kemudian mengulang-ulang Surah al-Ikhlas pada rakaat yang seterusnya dikirakan sebagai khilaf al-afdhal. Hal ini adalah kerana, apa yang dianjurkan di dalam bulan Ramadhan terutamanya ketika mendirikan solat terawih adalah membaca al-Quran sehingga khatam (al-Fatawa al-Kubra, al-Baijuri, I’anah al-Tolibin).

Wallahualam

Oleh Ustaz اليسع

USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Istilah Khilaful Afdhal "

Post a Comment

Thank you for your comments