Para Sahabat Berhimpun bagi Melakukan Doa, Zikrullah dan Memuji Allah di atas Kurniaan-Nya buat Mereka dengan Kedatangan Rasulu...

Para Sahabat Berhimpun bagi Melakukan Doa, Zikrullah dan Memuji Allah di atas Kurniaan-Nya buat Mereka dengan Kedatangan Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

(( وَمَنَّ عَلَيْنَا بِكَ ))

<<<< >>>>>

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ مُعَاوِيَةُ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ:

إِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ عَلَى حَلْقَةٍ يَعْنِي مِنْ أَصْحَابِهِ، فَقَالَ: (( مَا أَجْلَسَكُمْ؟ ))، قَالُوا: جَلَسْنَا نَدْعُو اللهَ، وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا هَدَانَا لِدِينِهِ وَمَنَّ عَلَيْنَا بِكَ، قَالَ: (( آللهِ مَا أَجْلَسَكُمْ إِلَّا ذَلِكَ؟ ))، قَالُوا: آللهِ مَا أَجْلَسَنَا إِلَّا ذَلِكَ، قَالَ: (( أَمَا إِنِّي لَمْ أَسْتَحْلِفْكُمْ تُهْمَةً لَكُمْ، وَإِنَّمَا أَتَانِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ، فَأَخْبَرَنِي أَنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يُبَاهِي بِكُمُ الْمَلَائِكَةَ ))

Daripada Abū Saʿīd al-Khudrī رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau berkata: Muʿāwiyah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ berkata:

“Sesungguhnya Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pernah keluar untuk datang ke satu bulatan (ḥalqah) para Sahabat Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, lalu Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Apakah yang menyebabkan kamu semua duduk berkumpul di sini?.”

Mereka menjawab:

“Kami duduk:

[i] berdoa kepada Allah, dan

[ii] kami memujinya di atas hidayah-Nya bagi kami kepada agama-Nya ini, dan

[iii] *[kami memujinya di atas] kurniaan-Nya kepada kami denganmu/ melaluimu [wahai Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ]* .”

Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bertanya: “Demi Allah! Adakah tidak ada sebab yang lain bagi kamu berkumpul melainkan sebab ini?.”

Mereka menjawab: “Demi Allah! Tidak ada yang menyebabkan kami duduk berhimpun di sini melainkan kerana sebab tersebut.”

Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda: “Sesungguhnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana mempunyai tuduhan kepada kamu; ia adalah semata-mata kerana Jibril عَلَيْهِ السَّلَامُ telah datang kepadaku dan memberitahuku bahawa sesungguhnya Allah عَزَّ وَجَلَّ sedang berbangga-bangga dengan kamu (menzahirkan kemuliaan kamu) terhadap para malaikat.”

T: (al-Nasāʿī (303H): al-Sunan al-Sughrā / al-Mujtabā min al-Sunan), No. 5426 [Lafaz di atas]; (Aḥmad (241H): al-Musnad), No. 16393; (al-Bayhaqī (458H): Shuʿab al-Imān); (al-Ṭabarānī (360H): al-Muʿjam al-Kabīr); (al-Ṭabarānī (360H): al-Duʿā') dan lain-lain. [Status: Ṣaḥīḥ]

Nota:

Di antara pengajaran hadis ini ialah:

[1] Pensyariatan majlis zikrullah dan kemuliaannya di sisi Allah.

[2] Pensyariatan bagi duduk berhimpun memuji Allah dan menzahirkan kesyukuran kepada-Nya di atas nikmat kedatangan Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Hadis ṣaḥīḥ ini merupakan salah satu dalil bagi sambutan Majlis Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ kerana ia merupakan satu perhimpunan zikrullah dan penzahiran kesyukuran kepada Allah dengan kedatangan Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ kepada kita semua.

PENUNTUT ILMU DAN ADAB - Dalil Al-Sunnah bagi Sambutan Majlis Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/1025048396073678

0 Comment "Para Sahabat Berhimpun bagi Melakukan Doa, Zikrullah dan Memuji Allah di atas Kurniaan-Nya buat Mereka dengan Kedatangan Rasulu..."

Post a Comment

Thank you for your comments