Photos from Penuntut Ilmu's post

Al-Imām al-Mujaddid [kurun ke-9] al-Ḥāfiẓ al-Mufassir al-Faqīh Jalāl al-Dīn al-Suyūṭī (w.911H):

*Disunatkan Menzahirkan Kegembiraan bagi Kelahiran Rasulullah* صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

<<<<< >>>>>

Al-Imām al-Mujaddid [kurun ke-9] al-Ḥāfiẓ al-Mufassir al-Faqīh Jalāl al-Dīn al-Suyūṭī (w.911H) menyatakan bahawa Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ melakukan aqiqah untuk dirinya selepas mendapat wahyu (menjadi Rasul) walaupun telah diriwayatkan bahawa datuk Baginda ʿAbd al-Muṭṭalib telah melakukan aqiqah untuk Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pada hari ketujuh kelahiran Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ; dan aqiqah sepatutnya tidak dilakukan sebanyak dua kali.

Maka *amalan aqiqah Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ tersebut adalah merupakan satu bentuk kesyukuran* yang dilakukan Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ di atas *nikmat kelahiran Baginda* صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Beliau menyebut di dalam risalahnya “Ḥusn al-Maqṣid fi ʿAmal al-Mawlid” hal. 64-65 [cetakan Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah (1985)]:

قُلْتُ: وَظَهَر لِي تَخْرِيجُهُ عَلَى أَصْلٍ آخَرَ وَهُوَ مَا أَخْرَجَهُ الْبَيْهَقِيُّ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ (( أَنَّ النَّبِيَّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَقَّ عَنْ نَفْسِهِ بَعْدَ النُّبُوَّ ةِ )) مَعَ أَنَّهُ قَدْ وَرَدَ أَنَّ جَدَّهُ عَبْدَ الْمـُطَّلِبِ عَقَّ عَنْهُ فِي سَابِعِ وِلَادَتِهِ، وَالْعَقِيقَةُ لَا تُعَادُ مَرَّةً ثَانِيَةً

”Aku berkata:

Dan telah zahir bagiku untuk mentakhrij [pensyariatan amalan Mawlid Nabawi] berdasarkan asas [nas Syariat] yang lain, iaitu [nas] yang telah diriwayatkan oleh al-Bayhaqī daripada Anas [bin Mālik] رَضِيَ اللهُ عَنْهُ bahawa:

(( Sesungguhnya Baginda Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ telah melakukan aqiqah bagi dirinya selepas kenabian (menerima wahyu) )),

walaupun sesungguhnya telah datang riwayat bahawa datuk Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ʿAbd al-Muttalib telah melakukan aqiqah bagi dirinya pada hari ketujuh kelahirannya dan aqiqah tidak dilakukan sebanyak dua kali.”

فَيُحْمَلُ ذَلِكَ عَلَى أَنَّ الَّذِي فَعَلَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِظْهَارٌ لِلشُّكْرِ عَلَى إِيجَادِ اللهِ إِيَّاهُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ وَتَشْرِيعٌ لِأُمَّتِهِ كَمَا كَانَ يُصَلِّي عَلَى نَفْسِهِ لِذَلِكَ، فَيُسْتَحَبُّ لَنَا أَيْضًا إِظْهَارُ الشُّكْرِ بِمَوْلِدِهِ بِالِاجْتِمَاعِ وَإِطْعَامِ الطَّعَامِ وَنَحْوِ ذَلِكَ مِنْ وُجُوهِ الْقُرُبَاتِ وَإِظْهَارِ الْمـَسَرَّاتِ

“Maka ditafsirkan perbuatan Baginda Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ melakukan perkara tersebut (aqiqah kedua) adalah sebagai menzahirkan kesyukuran di atas nikmat Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى yang menjadikan dirinya sebagai rahmat bagi seluruh alam, dan ia merupakan pensyariatan bagi umat Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ [untuk bersyukur di atas perkara yang sama] sepertimana Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ juga berselawat ke atas diri Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ untuk itu.

Maka *disunatkan bagi kita juga untuk menzahirkan kesyukuran di atas kelahiran Baginda* صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dengan berhimpun, memberi makanan dan seumpamanya daripada bentuk-bentuk pendekatan kepada Allah dan menzahirkan kegembiraan-kegembiraan [berkenaan kelahiran Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ].”

PENUNTUT ILMU







(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/1036805424897975

0 Comment "Photos from Penuntut Ilmu's post"

Post a Comment

Thank you for your comments