Al-Imām al-Mujtahid Shaykh al-Islām Muḥyī al-Dīn Yahyā bin Sharaf al-Nawawī al-Shāfiʿī al-Ashʿarī (w.676H):

Al-Imām al-Mujtahid Shaykh al-Islām Muḥyī al-Dīn Yahyā bin Sharaf al-Nawawī al-Shāfiʿī al-Ashʿarī (w.676H):

Menziarahi Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ adalah Taqarrub Yang Penting, Amalan Yang Menguntungkan dan Tuntutan Yang Utama

<<<<< >>>>>

Di dalam kitabnya yang amat masyhur di dalam dunia Islam “al-Adzkār al-Nawawiyyah”, al-Imām Shaykh al-Islām Muḥyī al-Dīn Yahyā bin Sharaf al-Nawawī al-Shāfiʿī al-Ashʿarī (w.676H) menyebut di dalam:

فَصْلٌ فِي زِيَارَةِ قَبْرِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَذْكَارِهَا

“Fasal Berkenaan Ziarah Kubur Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dan Zikir-zikir Berkaitannya”

yang beliau letakkan di bawah “Kitab Haji”:

اِعْلَمْ أَنَّهُ يَنْبَغِي لكل من حجّ أن يتوجه إلى زيارة رسول اللهِ ق، سواء كان ذلك طريقه أو لم يكن، فإن زيارته ق من أهمّ القربات وأربح المساعي وأفضل الطلبات.

“Ketahuilah bahawa sesungguhnya adalah amat perlu bagi setiap seorang [Muslim] yang pergi mengerjakan haji untuk menziarahi Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, sama ada ia (maqam Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) itu berada di dalam laluan perjalanannya atau tidak.

Sesungguhnya menziarahi Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ itu adalah dari:

• [bentuk] pendekatan diri (qurbah/ taqarrub) kepada Allah yang paling penting, dan

• usaha (amalan) yang paling menguntungkan [di dunia dan akhirat], serta

• tuntutan yang paling utama [sebagai umat Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ].”

PENUNTUT ILMU

(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/1033112111933973

0 Comment "Al-Imām al-Mujtahid Shaykh al-Islām Muḥyī al-Dīn Yahyā bin Sharaf al-Nawawī al-Shāfiʿī al-Ashʿarī (w.676H):"

Post a Comment

Thank you for your comments