Al-Imām al-Mujaddid Ḥujjat al-Islam al-Ghazālī (w.505H):

Al-Imām al-Mujaddid Ḥujjat al-Islam al-Ghazālī (w.505H):

Para Ulama’ Sufi (Ṣufiyyah) Mempunyai Jalan Hidup dan Ibadah Terbaik Yang Diambil dari Cahaya Kenabian

<<<<< >>>>>

Al-Imām al-Mujaddid [kurun ke-5] Ḥujjat al-Islām Abū Ḥāmid Muḥammad bin Muḥammad al-Ghazālī al-Ṭūsī al-Shāfiʿī al-Ashʿarī al-Ghazālī (w.505H) menyatakan bahawa perjalanan hidup para ulama’ Sufi (Ṣūfiyyah) [yang hakiki] adalah jalan hidup yang terbaik dan paling sempurna menuruti sunnah dan petunjuk Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Beliau menyebut di dalam kitabnya “al-Munqidz min al-Ḍalāl”, hal. 177-178 (al-Maktabah al-Sḥamilah):

إني علمت يقينا أن الصوفية هم السالكون لطريق الله تعالى خاصة، وأن سيرتهم أحسن السير، وطريقهم أصوب الطرق، وأخلاقهم أزكى الأخلاق. بل لو اجتمع عقل العقلاء، وحكمة الحكماء وعلم الواقفين على أسرار الشرع من العلماء، ليغيروا شيئا من سيرهم، وأخلاقهم، ويبدلوه بما هو خير منه، لم يجدوا إليه سبيلا، فإن جميع حركاتهم وسكناتهم، في ظاهرهم وباطنهم، مقتبسة من نور مشكاة النبوة، وليس وراء نور النبوة على وجه الأرض نور يستضاء به

“Sesungguhnya aku mengetahui dengan yakin bahawa para ulama’ Sufi (Ṣūfiyyah) itu adalah orang-orang yang menjalani jalan menuju Allah secara khusus.

Dan sesungguhnya perjalanan hidup (sīrah) mereka adalah sebaik-baik sirah, dan perjalanan ibadah (ṭarīq) mereka adalah jalan yang paling benar, dan akhlak mereka adalah sebersih-bersih akhlak.

Bahkan andainya berkumpul semua akal orang-orang yang bijak, dan hikmah para hukama’ serta ilmu orang-orang yang berdiri di atas rahsia-rahsia Syarak daripada kalangan para ulama’, untuk mengubah sesuatu daripada perjalanan hidup mereka dan akhlak mereka, dan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik berbandingnya, maka pasti mereka tidak menjumpai jalan ke arah itu.

Sesungguhnya seluruh pergerakan mereka (Ṣūfiyyah) dan diam mereka, pada zahir mereka dan batin mereka, [semuanya] diambil dari pelita (mishkāh) cahaya kenabian; dan tiada cahaya selain cahaya kenabian di atas muka bumi ini untuk dijadikan cahaya petunjuk.”

PENUNTUT ILMU DAN ADAB



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/1043247810920403

0 Comment "Al-Imām al-Mujaddid Ḥujjat al-Islam al-Ghazālī (w.505H):"

Post a Comment

Thank you for your comments