Nabi ʿĪsa عَلَيْهِ السَّلَامُ akan Menziarahi Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ dan Menyeru Baginda Rasulullah ...

Nabi ʿĪsa عَلَيْهِ السَّلَامُ akan Menziarahi Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ dan Menyeru Baginda Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ di sisi Maqam Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ

<<<<< >>>>>

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:

وَالَّذِي نَفْسُ أَبِي الْقَاسِمِ بِيَدِهِ، لَيَنْزِلَنَّ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ إِمَامًا مُقْسِطًا وَحَكَمًا عَدْلًا، فَلَيَكْسِرَنَّ الصَّلِيبَ، وَلَيَقْتُلَنَّ الْخِنْزِيرَ، وَلَيُصْلِحَنَّ ذَاتَ الْبَيْنِ، وَلَيُذْهِبَنَّ الشَّحْنَاءَ، وَلَيُعْرَضَنَّ عَلَيْهِ الْمـَالُ فَلَا يَقْبَلُهُ، ثُمَّ لَئِنْ قَامَ عَلَى قَبْرِي، فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ لَأُجِيبَنَّهُ

Daripada Abū Hurayrah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Demi [Allah] yang nyawa Abū al-Qāsim (Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ) di dalam kekuasaanNya, [Nabi] ʿIsā bin Maryam [عَلَيْهِ السَّلَامُ] pasti akan turun [ke bumi dari langit] dan menjadi imam yang adil [dalam memberikan hak kepada yang berhak] dan pemerintah yang adil.

Beliau akan mematahkan salib, membunuh babi (khinzir), memperbaiki hubungan sesama Muslimin [dan seluruh manusia], menghilangkan permusuhan sesama mereka, dan akan dibentangkan (ditawarkan) kepada beliau harta benda, namun beliau tidak menerimanya (menolaknya).

Kemudian sekiranya beliau berdiri di hadapan kuburku dan berkata: “Wahai Muhammad!”, pasti aku akan menjawabnya.”

T: (Abū Yaʿlā al-Mawṣilī (307H): Musnad Abī Yaʿlā al-Mawṣilī), No. 6584 [Lafaz di atas]; (al-Haythami (807H): al-Maqsid al-'Ali fi Zawa'id Abi Ya'la al-Mawsili), No.1240; (Ibn ʿAsākir (571H): Tārīkh Dimashq), No.51338 & (Ibn Ḥajar al-ʿAsqalānī (852H): Itḥāf al-Maharah bi al-Fawā’id al-Mubtakarah min Aṭrāf al-ʿAsharah), No. 8800. [Status: Ṣaḥīḥ]

*(al-Haythamī (807H): Majmaʿ al-Zawāʾid wa Manbaʿ al-Fawāʾid), No. 13813 dan beliau berkata: (قُلْتُ: هُوَ فِي الصَّحِيحِ بِاخْتِصَارٍ. رَوَاهُ أَبُو يَعْلَى، وَرِجَالُهُ رِجَالُ الصَّحِيحِ.).

PENUNTUT ILMU

(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/1033325935245924

0 Comment "Nabi ʿĪsa عَلَيْهِ السَّلَامُ akan Menziarahi Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ dan Menyeru Baginda Rasulullah ..."

Post a Comment

Thank you for your comments