Dā’irat al-Iftā’ al-ʿĀmm (Pusat Penfatwaan Umum) Jordan:
Al-Ashāʿirah dan al-Māturīdiyyah adalah Majoriti Umat Islam, Ulama’ Yang Berwibawa dan Pembawa Akidah Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
<<<<< >>>>>
Dā’irat al-Iftā’ al-ʿĀmm (Pusat Penfatwaan Umum), Jordan (2023, Edisi Ke-3) menyebut di dalam kitabnya “Aqīdat al-Muslim”, hal. 88:
الأشاعرة هم جمهور المسلمين في شتى العصور ومختلفة الأزمنة، وكان علماؤهم وفقهاؤهم أصحاب الدولة والمناصب العلية المرموقة، وهم الذين كانوا يتولون إنشاء المدارس، وتدوين العلوم وتدريسها للطلبة، وهم الذين كانوا يحافظون على أحكام الشريعة الإسلامية، ويدافعون عن الدين الإسلامي الحنيف، وكانوا مشهورين بالعدل والإنصاف.
“Al-Ashāʿirah adalah merupakan majoriti umat Islam di seluruh masa dan sepanjang zaman. Para ulama’ dan fuqaha’ daripada kalangan mereka adalah para pemimpin negara Islam dan ilmuan berwibawa yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam ilmu lagi dihormati.
Mereka adalah para pemimpin dan ulama’ yang memainkan peranan dalam menubuhkan madrasah-madrasah [di dalam dunia Islam], dan mengarang [kitab-kitab dalam] pelbagai jenis bidang ilmu, serta mengajarkannya kepada para penuntut ilmu.
Dan mereka adalah [para pemimpin dan ulama’] yang memelihara hukum-hukum Syariat Islam serta mempertahankan agama Islam yang suci ini dan mereka begitu terkenal dengan keadilan dan kesaksamaan.”
Dan setelah menyenaraikan beberapa nama tokoh penting dan besar dunia Islam serta biografi ringkas mereka daripada kalangan ulama’ al-Ashāʿirah dan al-Māturīdiyyah, Pusat Penfatwaan Umum Jordan (2023), hal. 94 menambah:
وبما سبق ذكره يتبين أنّ المذهبَين الأشعريّ والماتريديّ يمثّلان عقيدة الأمّة سلفًا وخلفًا على مرِّ القرون، وهي العقيدة المأخوذة عن النبيِّ صلى الله عليه وسلم بواسطة الصحابة الكرام ثمَّ بواسطة التابعين ثمَّ من بعدهم، إلى أن وصلَتنا صافيةً نقيّةً بيضاء، مُؤيَّدة بالأدلّة القرآنيّة والنبويّة، العقليّة والنقليّة، ويستحيل أن يكون المذهب الأشعريُّ، الذي شكل الحضارة الإسلامية وجعلها عظيمة على مر السنين مذهبَ أهل البِدعة، كما يزعم بعضُ أهل الفُرقة والتشتيت.
“Dan dengan senarai [nama ulama’ besar dunia Islam dalam pelbagai bidang ilmu: akidah, usul fiqh, tafsir al-Quran, hadis dan fiqh] yang telah dikemukakan sebelum ini, maka nyatalah bahawa sesungguhnya mazhab al-Ashʿarī dan al-Māturīdī adalah merupakan representasi (pernyataan) bagi akidah umat Islam pada era Salaf dan Khalaf sepanjang zaman.
Dan ia adalah akidah yang diambil daripada Baginda Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ melalui para Sahabat رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ yang mulia, kemudian melalui para Tābiʿīn, dan kemudian melalui para ulama’ yang datang selepas mereka, sehinggalah sampai ia (akidah Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) kepada kita dalam keadaan bersih dan putih [tanpa sebarang penyelewengan]; yang diperkuatkan dengan dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah, aqli dan naqli.
Dan adalah mustahil untuk akidah mazhab al-Ashʿarī ini – yang telah membentuk ketamadunan Islam dan menjadikannya sebuah tamadun yang agung bertahun-tahun lamanya ini – merupakan mazhab ahli bid’ah, sepertimana yang disangka oleh golongan yang membawa perpecahan dan perpisahan/ disintegrasi [di dalam umat Islam].”
PENUNTUT ILMU - Al-Ashāʿirah dan al-Māturīdiyyah
(Feed generated with FetchRSS)
source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/991523992759452
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "Photos from Penuntut Ilmu's post"
Post a Comment