Di antara ayat al-Quran yang menjadi dalil bagi amalan istighāthah ialah firman Allah (al-Nisā’:64):
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللهِ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللهَ تَوَّابًا رَحِيمًا
“Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah [صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ] juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”
Nota:
Ayat ini mengajar para sahabat رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ dan umat Islam untuk beristighfar melalui Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. Ia bukan menafikan istighfar secara langsung kepada Allah, tetapi ia adalah salah satu bentuk istighfar yang disyariatkan.
Menurut ulama’ mujtahid fatwa mazhab Syafie, al-Imām al-ʿAllāmah al-Faqīh al-Muḥaddith al-Muʿarrikh Shihāb al-Dīn Shaykh al-Islām Abū al-ʿAbbās Ahmad Ibnu Ḥajar al-Haytamī al-Makkī al-Anṣārī al-Saʿdī al-Azharī al-Shāfiʿī al-Ashʿarī (w.974H) di dalam kitabnya “al-Jawhar al-Munaẓẓam fi Ziyārat al-Qabr al-Sharīf al-Nabawī al-Mukarram”, hal.17 (Gambar):
دلت على حث الأمة على المجيء إليه صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ والاستغفار عنده واستغفاره لهم، وهذا لا ينقطع بموته.
“Ayat ini menunjukkan (menjadi dalil) bagi menggalakkan umat Islam untuk datang kepada Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dan memohon keampunan [Allah] di sisi Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ serta istighfar Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ untuk mereka, dan [anjuran/ galakan] ini tidak terputus dengan kewafatan Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ."
ودلت أيضا على تعليق وجدانهم الله توابا رحيما بمجيئهم واستغفارهم واستغفار الرسول لهم
"Dan ayat ini juga menunjukkan pergantungan (kaitan) untuk mereka (umat Islam) mendapati Allah sebagai Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani dengan:
[i] kedatangan mereka [kepada Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, sewaktu Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ masih hidup atau telah wafat],
[ii] istighfar mereka [kepada Allah], dan
[iii] istighfar Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ buat mereka.”
Perkara yang hampir sama juga telah disebut di dalam Al-Quran (Yūsuf:97-98) apabila adik beradik Nabi Yūsuf عَلَيْهِ السَّلَامُ meminta agar bapa mereka Nabi Yaʿqūb عَلَيْهِ السَّلَامُ beristighfar bagi mereka:
قَالُوا يَاأَبَانَا اسْتَغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا إِنَّا كُنَّا خَاطِئِينَ (٩٧) قَالَ سَوْفَ أَسْتَغْفِرُ لَكُمْ رَبِّي إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (٩٨)
“Mereka (adik beradik Nabi Yūsuf عَلَيْهِ السَّلَامُ) berkata: "Wahai ayah kami! Mintalah ampun bagi kami akan dosa-dosa kami; sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah. Nabi Yaʿqūb [عَلَيْهِ السَّلَامُ] berkata: “Aku akan meminta ampun bagi kamu dari Tuhanku; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Nota:
Permintaan mereka agar bapa mereka beristighfar untuk mereka bukanlah bermakna bahawa mereka tidak boleh beristighfar secara langsung kepada Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى, tetapi istighfar seorang bapa dan Nabi عَلَيْهِ السَّلَامُ mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Allah. Dan Nabi Yaʿqūb عَلَيْهِ السَّلَامُ tidak menolak permintaan anak-anaknya, bahkan beliau memberi janji untuk memohon keampunan buat mereka.
PENUNTUT ILMU
(Feed generated with FetchRSS)
source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/1002172561694595
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "Photos from Penuntut Ilmu's post"
Post a Comment