*Mulakan Hari Kita dengan Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ*

*Mulakan Hari Kita dengan Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ*

Seluruh Bumi Dijadikan Masjid dan Suci Lagi Menyucikan Bagi Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ [dan Umat Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ]

<<<<< >>>>>

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

جُعِلَتْ لِي الْأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا

Daripada Abū Hurayrah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Bumi ini [seluruhnya] telah dijadikan untukku sebagai masjid (tempat bersolat) dan ṭahūr (suci lagi menyucikan).”

T: (Ibn Mājah (273H): Sunan Ibn Mājah), No. 567 [Lafaz di atas]; (Aḥmad (241H): al-Musnad), No.7225; (Ibn al-Jārūd al-Naysābūrī (307H): al-Muntaqā min al-Sunan al-Musnadah ), No. 116; (al-Bayhaqī (458H): Maʿrifat al-Sunan wa al-Athār), No. 430 dan lain-lain. Hadis ini diriwayatkan di dalam Ṣaḥīḥ al-Bukhārī dan Ṣaḥīḥ Muslim dengan lafaz yang lebih panjang. Status: [Ṣaḥīḥ atau Ṣaḥīḥ li ghayrih].

S: Abū Dzarr al-Ghifārī رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, Anas bin Mālik رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, Jābir bin ʿAbdullāh رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا, Ḥudzayfah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, ʿAbdullāh Ibnu al-ʿAbbās رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا dan ʿAbdullāh Ibnu ʿUmar رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا.

Nota:

[1] Tahūr bermakna “sesuatu yang suci (ṭāhir) pada zatnya dan menyucikan (muṭahhir) bagi yang lain.”

[2] Walaupun Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى telah mengurniakan Nabi Sulaymān عَلَيْهِ السَّلَامُ kerajaan yang meliputi seluruh bumi ini sewaktu hidup beliau, tetapi Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى telah menjadikan bumi ini keseluruhannya masjid bagi Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dan umat Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ sewaktu hidup dan selepas kewafatan Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Para ulama’ menyatakan bahawa kemuliaan masjid sebagai tempat ibadah mengatasi kemuliaan kerajaan sebagai tempat memerintah. Kemuliaan ini juga menjadi dalil bagi kemuliaan Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ke atas para Nabi عَلَيْهِمُ السَّلَامُ secara amnya dan Nabi Sulaymān عَلَيْهِ السَّلَامُ secara khusus.

*PENUNTUT ILMU*
Send a message to learn more

(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/993788965866288

0 Comment "*Mulakan Hari Kita dengan Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ*"

Post a Comment

Thank you for your comments