Pada Hari Akhirat, Setiap Orang Sibuk Dengan Urusan Masing-Masing

Pada Hari Akhirat, Setiap Orang Sibuk Dengan Urusan Masing-Masing

<<<<< >>>>>

Surah ʿAbasa (80): 34-37

Firman Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى:

يَوْمَ يَفِرُّ ٱلْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ

[34] Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,

وَأُمِّهِۦ وَأَبِيهِ

[35] Dan ibunya serta bapanya,

وَصَـٰحِبَتِهِۦ وَبَنِيهِ

[36] Dan isterinya serta anak-anaknya; -

لِكُلِّ ٱمْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ

[37] Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

Nota:

Pada hari Akhirat kelak, seseorang itu melarikan dirinya daripada saudaranya, ibu bapanya, isterinya dan anak-anaknya.

Ini berlaku kerana, pertama, takutkan tuntutan hak yang akan dilakukan oleh mereka.

Saudaranya akan berkata: “Engkau di dunia dahulu tidak membantu daku dengan hartamu sedangkan engkau mampu.”

Ibu bapanya akan berkata: ”Engkau di dunia dahulu telah cuai untuk berbakti kepada kami.”

Isterinya akan berkata: ”Engkau tidak melaksanakan kewajipanmu terhadapku.”

Anak-anaknya akan berkata: ”Engkau tidak mengajar kami dan tidak memberi tunjuk ajar kepada kami.”

Apabila dia merasakan kesemua mereka itu tidak dapat membantunya dan tidak dapat memberi apa-apa manfaat kepadanya pada hari tersebut, bahkan mereka membuat tuntutan ke atas dirinya, maka dia melarikan dirinya daripada mereka semua.

Kedua, ia kerana setiap orang pada hari tersebut hanya sibuk dengan urusan dan keselamatan dirinya semata-mata. Sebab ini telah diterangkan pada ayat yang 37.

[Ḥāshiyat al-Ṣāwī, Jil. 4/4, hal. 447]

PENUNTUT ILMU

(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/995002352411616

0 Comment "Pada Hari Akhirat, Setiap Orang Sibuk Dengan Urusan Masing-Masing"

Post a Comment

Thank you for your comments