Melazimi "Al-Jamāʿah" - Pesanan Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Melazimi "Al-Jamāʿah" - Pesanan Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

[1] Riwayat Saidina ʿUmar bin al-Khaṭṭāb رَضِيَ اللهُ عَنْهُ

<<<<< >>>>>

Saidina ‘Umar bin al-Khaṭṭāb رَضِيَ اللهُ عَنْهُ telah meriwayatkan bahawa Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pernah berkhutbah dan bersabda:

... عَلَيْكُمْ بِالْجـَمَاعَةِ وَإِيَّاكُمْ وَالْفُرْقَةَ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ الْوَاحِدِ وَهُوَ مِنَ الِاثْنَيْنِ أَبْعَدُ، مَنْ أَرَادَ بُحْبُوحَةَ الْجـَنَّةِ فَلْيَلْزَمْ الْجـَمَاعَةَ ..

“Hendaklah kamu semua berpegang dengan al-Jamāʿah (majoriti ulama’ dan umat Islam) dan berhati-hatilah kamu semua dari perpecahan.

Sesungguhnya syaitan itu lebih dekat dengan orang yang berseorangan dan dia lebih jauh daripada dua orang yang bersama [berbanding orang yang berseorangan].

Barang siapa yang mahukan bahagian tengah syurga/ kawasan syurga yang terbaik, maka hendaklah dia melazimi al-Jamāʿah (majoriti ulama’ dan umat Islam) [ketika berlakunya perpecahan umat].”

T: al-Tirmidzi (w.256H): Jami’ al-Tirmidzi, No.2165 dan beliau berkata: (هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ).

Nota:

[1] Melazimi al-jamāʿah (pegangan majoriti ulama’ dan umat islam) adalah jalan perpaduan umat Islam dan mendapat kedudukan yang terbaik di syurga.

[2] Al-Imām Ibnu Manẓūr menyatakan bahawa makna “al-Jamāʿah” ialah “bilangan yang banyak dan ramai”. Beliau menyebut di dalam “Lisān al-ʿArab”, Jil. 8/15, hal. 54:

وَالْجَمَاعَةُ: عَدَدُ كُلِّ شَيْءٍ وَكَثْرَتُهُ

“Dan [makna] al-Jamāʿah [ialah]: bilangan setiap sesuatu dan kebanyakan [daripada]nya.”

Maka apabila kalimah al-jamāʿah disandarkan kepada umat Nabi Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, ia memberi maksud:

“Bilangan atau golongan yang paling ramai daripada kalangan umat Nabi Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.”

<<<<< >>>>>

Di antara hikmah RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024:

Menzahirkan "Al-Jamāʿah" Di Kalangan Ulama' dan Umat Islam di Malaysia ---> Sebelas (11) Mufti dan Jabatan Telah Menyatakan Sokongan

Alhamdulillah di atas nikmat ASWJ

PENUNTUT ILMU



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/990496282862223

0 Comment "Melazimi "Al-Jamāʿah" - Pesanan Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ"

Post a Comment

Thank you for your comments