*Mulakan Hari Kita dengan Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ*

*Mulakan Hari Kita dengan Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ*

Lima (5) Keistimewaan Bagi Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ Berbanding Para Nabi عَلَيْهِمُ السَّلَامُ Terdahulu

<<<<< >>>>>

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

(( أُعْطِيتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ قَبْلِي: نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيرَةَ شَهْرٍ، وَجُعِلَتْ لِي الْأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا، فَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلَاةُ فَلْيُصَلِّ، وَأُحِلَّتْ لِي الْمـَغَانِمُ وَلَمْ تَحِلَّ لِأَحَدٍ قَبْلِي، وَأُعْطِيتُ الشَّفَاعَةَ، وَكَانَ النَّبِيُّ يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ خَاصَّةً، وَبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ عَامَّةً ))

Daripada Jābir bin ʿAbdullāh رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا, beliau meriwayatkan sesungguhnya Baginda Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ telah bersabda:

“Sesungguhnya aku diberikan lima perkara yang tidak diberikan kepada seorang pun [daripada kalangan para Nabi عَلَيْهِمُ السَّلَامُ] sebelumku:

(i) Aku diberikan kemenangan walaupun sejauh sebulan perjalanan (musuh-musuh Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ ditanamkan perasaan takut terhadap Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ walaupun mereka berada sejauh sebulan perjalanan); dan

(ii) Dijadikan bagiku bumi ini masjid/tempat solat dan suci lagi menyucikan (ṭahūr), maka mana-mana lelaki dari kalangan umatku yang datang ke atasnya kewajipan solat (di mana sahaja), maka hendaklah dia bersolat;

(iii) Dihalalkan bagiku harta-harta rampasan perang dan ianya tidak halal bagi sesiapapun sebelumku; dan

(iv) Aku diberikan syafaat(al-ʿUẓmā/ Faṣl al-Qadāʾ); dan

(v) Para Nabi عَلَيْهِمُ السَّلَامُ itu dibangkitkan (diutuskan) khusus kepada kaumnya, sedangkan aku dibangkitkan kepada manusia keseluruhannya.”

T: (al-Bukhārī (256H): Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 335 [Lafaz di atas] & 438; (Muslim (261H): al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 523 dan lain-lain. [Status: Ṣaḥīḥ]

*PENUNTUT ILMU*

(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/985005660077952

0 Comment "*Mulakan Hari Kita dengan Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ*"

Post a Comment

Thank you for your comments