Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Menganjurkan Umat Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Untuk Memperbanyakkan Zikir Tahlīl Agar Dapat Memperbaharui (Menguatkan) Iman
<<<<< >>>>>
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ:
أَنَّ النَّبِيَّ ق قَالَ: (( جَدِّدُوا إِيمَانَكُم ))، قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ، وَكَيْفَ نُجَدِّدُ إِيمَانَنَا؟ قَالَ: (( أَكْثِرُوا مِنْ قَوْلِ: لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ ))
Daripada Abū Hurayrah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau meriwayatkan bahawa:
“Sesungguhnya Baginda Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda: “Perbaharuilah iman kalian semua.”
Lalu Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ditanya: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah kami dapat memperbaharui iman kami?.”
Baginda bersabda: “Perbanyakkanlah menyebut:
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ
“Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah.”
T: (Aḥmad (241H): al-Musnad), No. 8493 [Lafaz di atas]; (al-Ḥākim (405H): al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No. 7722 dan beliau berkata: (هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحُ الإِسْنَادِ، وَلَمْ يُخَرِّجَاهُ); (Abū Nuʿaym al-Asbahānī (430H): Ḥilyat al-Awliyāʾ wa Ṭabaqāt al-Aṣfiyāʾ), No. 2826; (Ibn al-Banna al-Baghdadi (471H): Fada'il al-Tahlil wa Thawabuh al-Jalil) dan lain-lain. S: Ibnu ʿAbbas ب. [Status: Ḥasan]
*(al-Mundzirī (656H): al-Targhīb wa al-Tarhīb min al-Ḥadīth al-Sharīf), No. 2352 dan beliau berkata: (رَوَاهُ أَحْمد وَالطَّبَرَانِيّ وَإسْنَاد أَحْمد حسن).
*(al-ʿAjlūnī (1162H): Kashf al-Khafā' wa Muzīl al-Ilbās), No. 1068 dan beliau berkata: (رواه أحمد والحاكم والنسائي والطبراني بسند حسن عن أبي هريرة -رضي الله عنه).
*(al-Haythamī (807H): Majmaʿ al-Zawāʾid wa Manbaʿ al-Fawāʾid), No. 159 dan beliau berkata: (رَوَاهُ أَحْمَدُ، وَإِسْنَادُهُ جَيِّدٌ، وَفِيهِ سُمَيْرُ بْنُ نَهَارٍ وَثَّقَهُ ابْنُ حِبَّانَ).
Nota:
[1] Anjuran memperbanyakkan sebutan “لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ” telah datang secara langsung dan jelas daripada Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ; maka siapakah yang berhak menghalang anjuran ini?!
[2] Dan ketika menghuraikan anjuran memperbanyakkan menyebut zikir “لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ”, Al-Shaykh Zayn al-ʿĀbidīn bin Muḥammad al-Faṭānī (yang lebih dikenali sebagai Tuan Minal) menyebut di dalam kitabnya “ʿĀqīdat al-Nājīn fī ʿIlm Uṣūl al-Dīn,” hal. 321, cetakan al-Hidayah Publication (2019):
“Dan sekurang-kurang banyak pada fuqaha’ itu tiga ratus (300) di dalam sehari semalam.
Dan pada ahli al-Sufi sekurang[-kurang] banyak itu dua belas ribu (12,000) di dalam sehari semalam.”
<<<<< >>>>>
PENUNTUT ILMU - Hadis-hadis Berkenaan Kemuliaan Kalimah Tauhid dan Zikir Tahlil
Jauhkan diri daripada golongan yang cuba menjauhkan kita dari memperbanyakkan menyebut Kalimah Tauhid dan Zikir Tahlil.
(Feed generated with FetchRSS)
source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/959667555945096
Home
Penerangan Dalil dari Ustaz Abdullaah Jalil USIM
Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Menganjurkan Umat Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Untuk Memperbanyakkan Zikir...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Menganjurkan Umat Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Untuk Memperbanyakkan Zikir..."
Post a Comment