Pahala Yang Amat Besar bagi Pembacaan Ayat 111 dari Surah al-Isrāʾ (Ayat al-ʿIzz) Selepas Solat

Pahala Yang Amat Besar bagi Pembacaan Ayat 111 dari Surah al-Isrāʾ (Ayat al-ʿIzz) Selepas Solat

<<<< >>>>

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

مَنْ قَالَ فِي دُبُرِ صَلَاتِهِ: اَلْحَمْدُ ِلِله الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمـُلْكِ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيُّ مِنَ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا _ كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَالْأَرَضِينَ السَّبْعِ وَمَا فِيهِنَّ وَمَا تَحْتَهُنَّ وَالْجِبَالِ، وَذَلِكَ أَنَ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ: تَكَادُ السَّمَٰوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدًّا * أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمَٰنِ وَلَدًا *_ فَلِهَذَا مِنَ الأَجْرِ كَمَا عَلَى هَذَا الْكَافِرِ مِنَ الْوِزْرِ

Daripada Abū Hurayrah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau berkata: Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

”Barang siapa yang mengucapkan di akhir solatnya [setelah selesai salam, ayat 111 dari Surah al-Isrāʾ]:

+ اَلْحَمْدُ ِلِله الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمـُلْكِ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيُّ مِنَ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا _

((Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagi-Nya sekutu dalam urusan kerajaan-Nya, dan tiada bagi-Nya penolong disebabkan sesuatu kelemahan-Nya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakan-Nya dengan bersungguh-sungguh! )),

maka baginya pahala seumpama tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan apa-apa yang terdapat di dalamnya dan apa-apa yang ada dibawahnya dan gunung-ganang.

Dan ini adalah kerana Allah عَزَّ وَجَلَّ berfirman (Maryam:90-91):

تَكَادُ السَّمَٰوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدًّا * أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمَٰنِ وَلَدًا *

“Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan [anggapan mereka] yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap [90].

Kerana mereka mendakwa mengatakan: [Allah] Al-Raḥmān mempunyai anak [91].”

Maka bagi pembaca [pujian ini] pahala sepertimana dosa bagi si kafir [yang mendakwa Allah mempunyai anak sepertimana yang telah disebut di dalam ayat-ayat Al-Quran ini].”

T: (al-Ṭabarānī (360H): al-Duʿā'), No. 676 [Lafaz di atas]. [Pada sanadnya ʿAbd al-Ṣamad bin Muḥammad bin Maʿdān al-Salmashīnī: majhūl al-ḥāl] [Hadis ḍāʿīf boleh diamalkan dalam fadilat amalan]

Kitab: Zikrullah Selepas Solat Fardu: Sunnah Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dan Amalan Para Ulama’ (2024)

PENUNTUT ILMU



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/963207408924444

0 Comment "Pahala Yang Amat Besar bagi Pembacaan Ayat 111 dari Surah al-Isrāʾ (Ayat al-ʿIzz) Selepas Solat"

Post a Comment

Thank you for your comments