Khawārij adalah Golongan Yang Mempunyai Zaygh di Hati Mereka dan Gemar Mengikut Nas-nas Mutashabihat

Khawārij adalah Golongan Yang Mempunyai Zaygh di Hati Mereka dan Gemar Mengikut Nas-nas Mutashabihat

<<<<< >>>>>

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :

فِي قوله عَزَّ وَجَلَّ : ﴿ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ﴾، قَالَ: (( هُمْ الْخَوَارِجُ )) وَفِي قَوْلِهِ:﴿ يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ ﴾ قَالَ: (( هُمْ الْخَوَارِجُ ))

Daripada Abū Umāmah al-Bāhilī رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau meriwayatkan bahawa Baginda Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda (mentafsirkan) tentang:

“Firman Allah عَزَّ وَجَلَّ (surah Āli ʿImrān, ayat 7):

فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ

“Adapun orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan (zaygh), maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar (nas-nas mutashābihāt) dari Al-Quran.”

Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda: “Mereka adalah [golongan] Khawārij.”

Dan berkenaan firman Allah عَزَّ وَجَلَّ (surah Āli ʿImrān, ayat 106):

يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ

“[Ingatlah akan] hari [Kiamat yang padanya] ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam.”

Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda: “Mereka (orang-orang yang hitam legam muka mereka di Akhirat) adalah [golongan] Khawarij.”

T: (Aḥmad (241H): al-Musnad), No. 21755 [Lafaz di atas] & (al-Rūyānī (307H): Musnad al- Rūyānī), No. 1177. [Status: Ḥasan]

Nota:

Golongan Khawārij-Wahhābiyyah jelas menggunakan makna literal ayat-ayat mutashābihāt bagi mentajsimkan dan mentashbihkan Allah dengan mendakwa Allah  mempunyai tempat, arah, saiz (had batasan), anggota, bergerak, berpindah, bersuara, turun-naik, mempunyai jarak dan seumpamanya. Dan mereka juga mengkafirkan umat Islam yang tidak menerima pegangan literal mutashābihāt mereka ini dengan dakwaan umat Islam yang lain “tidak mempunyai Tawḥīd al-Asmāʾ wa al-Ṣifāt.”

Sebagai contoh, tokoh Wahhābiyyah masa kini yang masih hidup dan dianggap paling senior di kalangan mereka, iaitu Dr. Ṣāliḥ Fawzān al-Fawzān, dengan jelas mendakwa [Ahli Sunnah Wal Jama’ah] al-Ashāʿirah sebagai pengikut kaum musyrikin Mekah, Jahmiyyah dan Muktazilah di dalam “Tawḥīd al-Asmāʾ wa al-Ṣifāt.” Rujuk bukti yang disertakan dari bukunya “al-Irshād ilā Ṣaḥīḥ al-Iʿtiqād wa al-Radd ʿalā Ahl al-Shirk wa al-Ilḥād”, hal. 198. [Satu tuduhan yang amat jahat].

PENUNTUT ILMU



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/958768239368361

0 Comment "Khawārij adalah Golongan Yang Mempunyai Zaygh di Hati Mereka dan Gemar Mengikut Nas-nas Mutashabihat"

Post a Comment

Thank you for your comments