Adab Ke-5 Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) Terhada Nas Mutashābihat: Al-Imsāk [BACA DENGAN TENANG DAN TELITI – SANGAT PENTING] ...

Adab Ke-5 Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) Terhada Nas Mutashābihat: Al-Imsāk

[BACA DENGAN TENANG DAN TELITI – SANGAT PENTING]

<<<<< >>>>>

Di antara adab yang sangat penting terhadap nas-nas mutashābihat di sisi Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) atas manhaj Tafwīd ialah: “al-Imsāk.”

“Al-Imsāk” dari sudut bahasa ialah “menahan diri”.

Ia memberi maksud bahawa seorang mukallaf itu perlulah menahan dirinya daripada melakukan sebarang perubahan ke atas nas-nas mutashābihāt [yang datang dalam lafaz bahasa Arab] dengan:

• Tidak menukar bentuk nas-nas mutashābihat tersebut dengan ditambah dan dikurangkan sebahagiannya;

• Tidak menghimpunkan nas-nas mutashābihat yang terpisah;

• Tidak memisahkan nas-nas mutashābihat yang terkumpul;

• Tidak menukarkannya (menterjemahkannya) ke bahasa yang lain [dan mengekalkan lafaznya di dalam bahasa Arab];

• Mengekalkan nas-nas A-Quran dan Al-Sunnah yang mutashābihat tersebut dengan bentuk, lafaz dan ibarat (susunan) yang asal sepertimana ia datang dan diriwayatkan.

Ini adalah di antara syarat-syarat kaedah Tafwīḍ yang diriwayatkan daripada Salafus Soleh seperti kata mereka:

[1]

أَمِرُّوهَا كَمَا جَاءَتْ

“Lalukanlah (bacalah) ia (nas-nas mutashābihāt) sepertimana ia datang [dengan lafaz asalnya di dalam bahasa Arab tanpa melakukan sebarang perubahan padanya].”

[2]

تَفْسِيرُهَا قِرَاءَتُهَا

“Pentafsirannya (nas-nas mutashābihāt) ialah dengan membacanya [dengan lafaz asalnya di dalam bahasa Arab tanpa melakukan sebarang perubahan padanya].”

<<<<< >>>>>

Di dalam menghuraikan prinsip “al-Imsāk” ini di dalam kitabnya “Iljām al-ʿAwām ʿan ʿIlm al-Kalām”, al-Imām al-Ghazālī menyatakan bahawa:

“Wajib ke atas masyarakat awam untuk mengekalkan lafaz-lafaz khabar (nas) mutashābihāt ini [sepertimana asalnya] dan menahan diri mereka dari melakukan enam (6) bentuk tasarruf pada nas mustashābihat tersebut, iaitu:

1. Tafsir atau tabdīl: menukarkan lafaznya ke bahasa lain.

2. Ta’wīl: menerangkan maknanya.

3. Taṣrīf: mengubah bentuk lafaz asal kepada tasrif yang lain seperti menukar lafaz fiʿl kepada fāʿil atau maṣdar.

4. Qiyās dan Tafrīʿ: seperti mengithbat lawāzim jismiyyah bagi makna zahir yang mustahil pada hak Allah.

5. Jamʿ: menghimpunkan nas-nas mutashābihat yang berpisah.

6. Tafrīq: memisahkan nas mutashābihat yang berhimpun.”

Keenam-enam perkara ini perlulah dielakkan oleh masyarakat awam kerana berpegang dengan kaedah atau adab “al-Imsāk” terhadap nas-nas mutashābihāt.

Nota Penting:

[*] GOLONGAN WAHHABI MEMPERDAYA MASYARAKAT AWAM dengan menterjemah nas-nas mutashābihāt secara literal (zahir) ke bahasa Melayu [dan bahasa-bahasa lain] dan kemudian mendakwa terjemahan literal tersebut adalah pegangan Salafus Soleh. [Ini adalah satu pembohongan yang sangat besar dan membahayakan aqidah.]

TERJEMAHAN LITERAL TERSEBUT JELAS MEMBAWA KEPADA IMPLIKASI TASHBĪH DAN TAJSĪM.

Oleh kerana itu terjemahan nas-nas mutashābihāt ke bahasa yang lain perlulah berdasarkan kaedah Takwil Tafṣīlī di sisi Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ).

[*] Sebahagian golongan ahli bid’ah pula gemar [seperti sebahagian Wahhabi] menambah lafaz:

بِذَاتِهِ حَقِيقَةً

di akhir setiap nas mutashābihat.

Ini juga adalah satu bid’ah yang tidak dilakukan oleh mana-mana para Salafus Soleh terhadap nas mutashābihāt.

PENUNTUT ILMU



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/951228216789030

0 Comment "Adab Ke-5 Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) Terhada Nas Mutashābihat: Al-Imsāk [BACA DENGAN TENANG DAN TELITI – SANGAT PENTING] ..."

Post a Comment

Thank you for your comments