Mengerjakan Solat di Masjid Qubāʾ Seumpama Melaksanakan Umrah <<<<< >>>>> عَنْ أُسَيْدِ بْنِ ظُهَيْرٍ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ ...

Mengerjakan Solat di Masjid Qubāʾ Seumpama Melaksanakan Umrah

<<<<< >>>>>

عَنْ أُسَيْدِ بْنِ ظُهَيْرٍ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ - وَكَانَ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَدِّثُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

(( الصَّلَاةُ فِي مَسْجِدِ قُبَاءٍ كَعُمْرَةٍ ))

Daripada Usayd bin Ẓuhayr al-Anṣārī رَضِيَ اللهُ عَنْهُ - beliau adalah daripada kalangan para Sahabat Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dan beliau meriwayatkan bahawa Baginda Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Mengerjakan solat di Masjid Qubāʾ adalah seperti [melaksanakan] umrah [dari sudut pahala dan kelebihan].”

T: (al-Tirmidzī (279H): al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidzī)), No. 324 dan beliau berkata: (حَدِيثُ أُسَيْدٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ); (Ibn Mājah (273H): Sunan Ibn Mājah), No. 1411; (al-Ḥākim (405H): al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No. 1727 dan beliau berkata: (هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحُ الإِسْنَادِ، وَلَمْ يُخَرِّجَاهُ، إِلا أَنَّ أَبَا الأَبْرَدِ مَجْهُولٌ); (al-Ḍiyāʾ al-Maqdisī (643H): al-Aḥādīth al-Mukhtārah), No. 1353 & 1354; (al-Bayhaqī (458H): al-Sunan al-Kubrā), No. 9543; (Abū Yaʿlā al-Mawṣilī (307H): Musnad Abī Yaʿlā al-Mawṣilī), No. 7172; (al-Bukhārī (256H): al-Tārīkh al-Kabīr), No. 1641 dan lain-lain. S: Sahl bin Ḥunayf رَضِيَ اللهُ عَنْهُ.

Lafaz hadis ini di dalam riwayat al-Imām al-Bukhārī (w.256H) di dalam “al-Tārīkh al-Kabīr”, No. 1641 berbunyi:

(( مَنْ أَتَى مَسْجِدَ قُبَاءَ فَصَلَّى فِيهِ كَانَتْ كَعُمْرَةٍ ))

“Barang siapa yang mendatangi Masjid Qubāʾ, lalu dia mengerjakan solat di dalamnya, maka ia adalah seperti [melaksanakan] umrah [dari sudut pahala dan kelebihan].”

<<<<< >>>>>

PENUNTUT ILMU - “Kelebihan Madinah al-Munawwarah”
MUZAKARAH HAJI UMRAH DAN ZIARAH



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/949689796942872

0 Comment "Mengerjakan Solat di Masjid Qubāʾ Seumpama Melaksanakan Umrah <<<<< >>>>> عَنْ أُسَيْدِ بْنِ ظُهَيْرٍ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ ..."

Post a Comment

Thank you for your comments