Takrif Sunnah, Khabar & Atsar
Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith
Soalan:
Assalamualaikum
Boleh x saya ingin bertanya mengenai perbezaan sunah,khabar dsn atsar
Jawapan Ustaz Zulhusni Mat Resat:
Sunnah : Sesuatu yang disandarkan pada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan (taqrir), sifat atau sirah.
Ini berdasarkan pendapat sebahagian ahli hadis.
Dan berdasarkan pendapat kebanyakan ulama hadis, sunnah merangkumi sesuatu yang disandarkan kepada sahabat dan tabi’in.
Khabar: Ada tiga pendapat:
1. Sama seperti hadis, yakni sesuatu yang disandarkan pada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan (taqrir), sifat khalqiyyah (rupa bentuk nabi) atau sifat khuluqiyyah (akhlak nabi) atau sesuatu yang disandarkan kepada sahabat atau tabi’in sama ada perkataan atau perbuatan.
2. Berbeza daripada hadis, hadis adalah sesuatu yang datang (bersumber) daripada nabi, manakala khabar adalah apa yang datang daripada selain nabi.
3. Khabar lebih umum daripada hadis, hadis adalah sesuatu yang datang daripada nabi manakala khabar adalah sesuatu yang datang daripada nabi atau selain daripada nabi.
Athar: Ada dua pendapat:
1. Sama seperti hadis.
2. Berbeza daripada hadis, athar adalah sesuatu yang disandarkan kepada sahabat atau tabi’in sama ada perkataan atau perbuatan.
Rujukan: Al-Madkhal Ila Dirasah ‘Ulum al-Hadis oleh Sayid Abdul Majid al-Ghauri.
Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO
0 Comment "Takrif Sunnah, Khabar & Atsar"
Post a Comment