Lafaz Ketika Menyapu Dahi Setelah Solat:
Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith
Soalan:
Assalamualaikum. Dalam al-azkar ada tak hadis tentang sapu muka lepas bagi salam?
Jawapan Ustaz Muslim:
Ada. Teksnya seperti berikut :
وروينا في كتاب ابن السني، عن أنس رضي الله عنه، قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قَضى صلاتَه مسحَ جبهتَه بيده اليمنى، ثم قال: " أشهدُ أنْ لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اللَّهُمَّ أذْهِبْ عَنِّي الهَمَّ والحزنَ
الأذكار للإمام النووي
Tambahan Ustaz محمد حافظ سوروني
Menyapu dahi setelah selesai solat merupakan amalan sebahagian daripada para ulama. Amalan ini merujuk kepada hadis Anas RA yang diriwayatkan dengan berbagai jalan riwayat yang sampai kepada beliau katanya: “Bahawa Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai bersolat baginda menyapu dahi dengan tangan kanan baginda…”.
Jalan2 riwayat tsb menunjukkan ia ada asalnya dan bukannya direka-reka. Namun, kesemua jalan2 riwayat tsb adalah daif dan sebahagiannya lebih daif daripada sebahagian yang lain. Berdasarkan kitab Musannaf ‘Abd ar-Razzaq, didapati sebahagian drp para salaf turut mengamalkannya.
Di atas konsep fadha’il amal, sebahagian ulama mencatatkannya di dalam kitab2 mereka spt Imam an-Nawawi di dalam kitab al-Azkar dan Syeikh as-Syawkani di dalam Tuhfah az-Zakirin. Manakala, Syaikh Daud bin 'Abdullah al-Fathoni di dalam kitabnya Munyatul Musolli menyatakannya sbg amalan sunat. Kemungkinan beliau bukan bermaksud ia sahih hadisnya, akan ttp hanya sbg suatu targhib atau galakan shj kerana ia warid di dalam hadis, meskipun daif.
Bagaimanapun, terdapat berbagai lafaz bacaan yang diriwayatkan. Antaranya:
*((أشْهَدُ أنْ لا إلهَ إِلاَّ اللَّهُ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اللَّهُمَّ أذْهِبْ عَنِّي الهَمَّ والحزنَ))
*((سبحان الله الذي لا إله إلا هو الرحمن الرحيم، اللهم أذهب عني الهم والحزن))
*((بسم الله الذي لا إله إلا هو عالم الغيب والشهادة الرحمن الرحيم، اللهم أذهب عني الغم والحزن والهم، اللهم بحمدك انصرفت، وبذنبي اعترفت، أعوذ لك من شر ما اقترفت، وأعوذ بك من جهد بلاء الدنيا، ومن عذاب الآخرة))
*((بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الْهَمَّ وَالْحَزَنَ))
Justeru, mana satukah lafaz yang patut diamalkan? Berdasarkan penelitian, lafaz yang terakhir adalah lafaz yg lebih wajar dipegang kerana kedaifan jalur sanadnya lebih kurang berbanding kedaifan jalur2 sanad yang lain. Lafaz tsb juga yang dicatatkan oleh Syaikh Daud al-Fathoni di dalam Munyatul Musolli, iaitu:
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الْهَمَّ وَالْحَزَنَ.
Maksudnya: "Dengan nama Allah yang tiada tuhan selain Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, hilangkanlah daripadaku kegelisahan dan dukacita."
Wallahu a‘lam.
Soalan Tambahan:
🔴Hadis ni juga diriwayat secara musalsal.
Alfaqir ambilnya dari sidi Syaikh Husni Ginting. Adakah dengan adanya periwayatan secara musalsal dapat menguatkan lagi jalur sanadnya?
Jawapan Ustaz محمد حافظ سوروني
Banyak musalsal yg wujud sifat musalsalnya trkemudian.. ia tidak mnguatkan sanadnya, ttp mnguatkan keberadaan amalannya di kalangn ulama sejak lama dahulu...
Pandangn al faqir... wallahu a'lam
Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO
0 Comment "Lafaz Ketika Menyapu Dahi Setelah Solat:"
Post a Comment