hadith Jibril alun azan |
Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith
Dari Ustaz Muslim:
Hadis Jibril AS mengalunkan azan dinilai sanadnya oleh Ali Al Halabi (السيرة الحلبية) dan al Zurqani (شرح المواهب، شرح الموطأ) mengandungi beberapa perawi yang tidak dikenali (سند فيه مجاهيل). Antara perawi yang majhul dalam sanad tersebut ialah Ali bin Yazid bin Bahram. Disebut oleh Al Khatib tanpa ta'dil atau tajrih. Wallahualam
Namun al Salihi (سبل الهدي) menyebut bahawa tiada perawi sanad ini yang dituduh menipu. Manakala Abdullah Al Ghumari menilai hadis ini sebagai palsu. Penilaian al Ghumari dinukil daripada kitab إرشاد الطالب النجيب yang di nisbah kepada beliau.
Wallahualam.
Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO
0 Comment "Hadith Jibril Alun Azan"
Post a Comment