Status Hadith Terpadam Amalan Isteri Jika Kesal Dengan Suaminya

Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith

Jawapan Ustaz Zulhusni Mat Resat:

Sudah dijawab sebelum ini, tapi bukan dengan lafaz : "Aku menyesal berkahwin dengan engkau" tapi lafaz "Aku tidak pernah melihat kebaikan daripada kamu"


إِذا قاَلَتِ المَرْأةُ لِزَوْجِها مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْراً قَطُّ فقد حَبِطَ عَمَلُها

“Jika seorang wanita itu berkata kepada suaminya: Aku tidak pernah melihat kebaikan daripada kamu, maka telah sia-sia amalannya.”

Riwayat Ibnu Abi al-Dunya daripada al-Hasan al-Basri secara mursal, Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil dan Ibnu ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq melalui jalur perawi Yusuf bin Ibrahim al-Tamimi daripada A’isyah.

Yusuf bin Ibrahim al-Tamimi dinilai oleh ulama, antaranya sebagaimana berikut:

1. Abu Hatim: ضعيف الحديث، منكر الحديث، عنده عجائب

2. Al-Bukhari: صاحب عجائب

3. Ibnu Hibban: لا تحل الرواية عنه

Walau bagaimanapun, Yusuf bin Ibrahim al-Tamimi hanya dinilai sebagai da’if sahaja oleh Ibnu Hajar (تقريب التهذيب) dan al-Zahabi (الكاشف).

Al-Sayuthi dalam al-Jami al-Saghir mengisyaratkan hadis ini sebagai daif.

Al-Munawi dalam al-Taisir juga menilainya sebagai daif.

Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO

0 Comment "Status Hadith Terpadam Amalan Isteri Jika Kesal Dengan Suaminya"

Post a Comment

Thank you for your comments