Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
Soalan:
Bagaimana posisi imam wanita yang benar dalam solat berjemaah ramai, kerana ada yang mengatakan imam berada di depan dan ada pula yang mengatakan imam sejajar dengan makmumnya?
Jawapan kami;
Disebutkan oleh Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansori;
(وَتَقِفُ) نَدْبًا (إمَامَتُهُنَّ وَسْطَهُنَّ) لِمَا رَوَى الْبَيْهَقِيُّ بِإِسْنَادَيْنِ صَحِيحَيْنِ أَنَّ عَائِشَةَ وَأُمَّ سَلَمَةَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا - أَمَّتَا نِسَاءً فَقَامَتَا وَسْطَهُنَّ
"Seorang wanita yang menjadi imam bagi wanita lainnya disunatkan untuk berdiri di tengah mereka (jemaah wanita) sebagaimana riwayat al-Baihaqi dalam dua sanadnya yang sahih. Sesungguhnya Aisyah dan Ummu Salamah radhiallahuanhuma telah mengimami jemaah wanita, maka keduanya berdiri di tengah mereka (secara sejajar dengan makmum)(Asna al-Matolib).
Wallahualam
Oleh Ustaz اليسع
USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
0 Comment "Posisi Imam Wanita"
Post a Comment