Status Hadith Pemakaian Seluar di Kalangan Wanita
Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith
Soalan:
Seluar
seluar: pakaian yg menutupi & membaluti pusat hingga ke lutut
Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW telah bersabda. "Allah merahmati pemakaian seluar di kalangan wanita" hadis ini dikeluarkan oleh Ad-Daruqutni
assalamualaikum . btul ke ni ? 👆🏿
Jawapan Ustaz محمد حافظ سوروني
Ttg takrif seluar tsb tak dpt dipastikan apakah takrifnya begitu. Mungkin ada ustz yg dpt kongsikan pnjelasnnya..
Adapun matan hadis:
رحم الله المتسرولات من النساء.Menurut al-Hafiz as-Suyuti, ia dikeluarkan oleh ad-Daraqutni dlm al-Afrad, al-Hakim dlm Tarikhnya dan al-Baihaqi dlm Syu‘ab al-Iman daripada Abu Hurairah RA, dan dikeluarkan juga oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Muttafaq wal Muftaraq drp Sa‘ad bin Tarif RA, dan juga dikeluarkan oleh al-‘Uqaili drp Mujahid secara balagh (tiada sanad lengkap).
Hadis yang hampir sama juga diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Baihaqi dlm al-Adab, al-‘Uqaili dan Ibn ‘Adi drp Saidina ‘Ali RA dengan menyebut kisah tentang seorg wanita yang terjatuh drp keldainya, kemudian baginda bersabda:
اللهم اغفر للمتسرولات من أمتي...إلخal-Hafiz Ibn al-Jauzi mengkategorikan hadis ini sbg hadis palsu. Namun, status ini ditolak oleh al-Hafiz as-Suyuti dlm al-La’ali’ al-Masnu‘ah krn terdpt banyak jalan riwayatnya, kata beliau: "Oleh kerana himpunan jalan2 riwayatnya ini meningkatkan hadis tsb kepada darjat hasan, wallahu a‘lam”. Keputusan as-Suyuti ini zahirnya turut dipersetujui oleh as-Syaukani dlm al-Fawa’id al-Majmu‘ah.
Wallahu a‘lam.
Tambahan Ustaz Muslim:
Terdapat empat sumber (مخرج الحديث) ini, daripada Ali ra, Abu Hurairah ra, Saad bin Tarif dan Mujahid seperti yang disebut oleh ustaz Khafiz.
Riwayat daripada sayidina Ali paling bermasalah. Ia dinilai mungkar oleh Ibnu Adi, Abu Hatim dan al Uqaili. Namun penilaian mungkar ini hanya khusus buat riwayat Ali ra. Uqaili (الضعفاء الكبير) menyebut ia bukan mahfuz daripada sayidina Ali. Bahkan ia thabit daripada Abu Hurairah dan Ibnu Abbas.
Perbezaan antara riwayat Ali dan riwayat lain ialah pada penambahan selepas doa kepada perempuan yang pakai seluar. Dalam riwayat tersebut, terdapat penambahan perintah untuk umat memakai seluar. Ini tiada dalam riwayat lain seperti yang digambarkan oleh al Baihaqi (الآداب).
Penjelasan mengenai sabitan hadis tadi kepada Abu Hurairah dan Ibnu Abbas menafikan tuduhan palsu kepada hadis tadi secara umum, bahkan terdapat menunjukkan asal yang kukuh.
Riwayat Abu Hurairah perawi sanadnya kebanyakan thiqah kecuali seorang dua yang majhul hal. Riwayat ibnu Abbas tidak ditemui. Terdapat kemungkinan ia ditujukan kepada riwayat Mujahid yang menyebut "sampai kepadanya bahawa...". Ini kerana Mujahid banyak meriwayatkan dari ibnu Abbas. Ataupun memang terdapat riwayat lain dari ibnu Abbas yang ditemuinya tapi tidak sampai kepada kita. Wallahualam hakikat sebenar.
Sanad riwayat Mujahid agak elok (hasan) atau dhaif ringan. Namun ia dalam kategori mursal. Manakala riwayat Saad bin Tarif mengandungi beberapa perawi yang majhul seperti kata al Khatib (التاريخ), di samping terputus jika beliau tidak dianggap sebagai sahabat.
Sanad riwayat Ali mengandungi perawi Ibrahim bin Zakaria al 'ijli. Sangat dhaif, dan ibnu Nabatah yang matruk. Terdapat khilaf mengenai siapa perawi Ibrahim bin Zakaria itu. Ada yang kata beliau ialah individu yang sama dengan Ibrahim al Wasiti. Ada yang berpendapat keduanya individu yang berlainan. Apapun, hadis Ali ini mungkar pada sanad dan lafaznya.
Wallahualam.
Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO
0 Comment "Status Hadith Pemakaian Seluar di Kalangan Wanita"
Post a Comment