Sujud Sejadah Pada Solat Subuh Jumaat



Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:
assalamualaikum ustaz.bacaan surah sajadah pd subuh jumaat wajib atau sunat?setengah masjid tidak melakukannya agar para makmum dpat hantar anak mereka skolah.soalan saya kedua antara 4 mazhab,mnakah yg kuat dalil mereka yg digalakkan buat sujud sajadah?

Jawapan kami;

Daripada Abu Hurairah radhiallahu anhu, beliau berkata;

أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ يَقْرَأُ فِى الصُّبْحِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِ (الم تَنْزِيلُ) فِى الرَّكْعَةِ الأُولَى وَفِى الثَّانِيَةِ هَلْ أَتَى عَلَى الإِنْسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا

“Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam membaca “الم تَنْزِيل” (surah al-Sajdah) pada rakaat pertama solat Subuh hari Jumaat  dan “ هَلْ أَتَى عَلَى الإِنْسَان” (surah al-Insan) pada rakaat kedua.” (Riwayat Muslim)

Imam al-Nawawi mengatakan;

“Hadis ini menjadi dalil dalam mazhab kami-mazhab Syafi’i- dan yang sependapat dengan kami bahawa dianjurkan membaca surah al-Sajdah dan surah al-Insan pada solat Subuh hari Jumaat.” (Syarh Sahih Muslim).

Ibn Ziyad mengatakan;

"Mengikut pendapat yang muktamad sepertimana yang telah ditarjihkan oleh Imam al-Nawawi dan Imam al-Rafi'ei, sunat melazimi pembacaan “الم تَنْزِيل” (surah al-Sajdah) dan “ هَلْ أَتَى عَلَى الإِنْسَان” (surah al-Insan) pada solat Subuh hari Jumaat secara mutlak sekalipun dikhuatiri orang awam akan berpegang bahawa pembacaan kedua-dua surah tersebut sesuatu yang fardu. Ianya berbeza dengan pandangan Ibn Daqiq al-'Eid dan selainnya. Hal ini (meninggalkannya) adalah kerana, perkara tersebut akan membawa kepada meninggalkan banyak perkara sunat seperti tasyahhud awal dan seumpamanya.

Oleh itu, ubat kejahilan adalah belajar. Justeru, yang menjadi dalil supaya meninggalkannya kerana sesuatu perkara atas alasan ianya tidak wajib adalah Nabi sollallahu alaihi wa sallam dan bukan selainnya."

Wallahu a'lam

Oleh Ustaz اليسع

USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Sujud Sejadah Pada Solat Subuh Jumaat"

Post a Comment

Thank you for your comments