Kaedah Bayar Hutang Pada Yang Telah Meninggal



Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

🔴 Soalan:

Salam.sy de soalan berkenaan hutang.1 situasi di mn,si peminjam dan si pemberi hutang tlh mnggal dunia.bagaimana cr utk waris sipeminjam melunas kn hutang.krn si pemberi hutang x mmpunyai waris(xdak berkahwin),ibu n ayh tlh mnggal dunia..

🔴 Jawapan kami;

Disebutkan oleh Syeikh Nawawi al-Bantani dalam Salalim al-Fudhola';

"Jika orang yang berhak dibayar hutang telah meninggal dunia, maka hutang tersebut diserahkan kepada ahli warisnya. Jika tiada ahli waris dan terputus beritanya (tidak dapat dikesan), maka diserahkan kepada Qadhi (termasuk pihak berkuasa yang menguruskan hal ehwal harta umat Islam/baitulmal) yang dipercayai dan yang diredhai perjalanan hidupnya serta keagamaannya. Jika tiada (pihak berkuasa yang menguruskannya), maka diserahkan kepada orang alim yang patuh kepada agama. Maka jika tidak juga diperolehi, maka diserahkan kepada hal-hal yang melibatkan kemaslahatan umum seperti pembinaan jambatan dengan niat menggantikannya apabila ahli waris hutang tersebut ditemui. Jika tidak mampu dan sukar berbuat demikian kerana takut (mudarat) atau lainnya, maka bolehlah disedekahkan kepada orang yang sangat memerlukan mengikut tingkatan keperluannya" (Taudhih al-Adillah).
Wallahu a'lam

Oleh Ustaz اليسع

USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Kaedah Bayar Hutang Pada Yang Telah Meninggal"

Post a Comment

Thank you for your comments