Jenis-jenis Nazar





Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

Assalamualaikum..

Sy bernazar untuk puasa 10hari berturut2 tapi jika sy tidak sanggup untk berpuasa 10hati berturut2..

Apa hukumnya?
Adakah jalan lain untk ganti nazar sy tersebut?

Jawapan kami;

Terdapat 2 jenis utama nazar iaitu;

1. Nazar al-Lajaj (perbantahan), iaitu; membuat nazar yang baik lantaran didorong oleh perasaan marah ketika berlaku pertengkaran. Contohnya seseorang yang berkata semasa pertengkaran; "Jika aku bercakap dengan seseorang, maka wajiblah aku berpuasa selama sebulan."

Sehubungan itu, apabila berlaku nazar al-Lajaj ini, maka wajiblah dia melaksanakan iltizamnya ATAU membayar kafarah sumpah.

2. Nazar al-Tabarrur (kebajikan). Nazar ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu;

2.1 Nazar al-Mujazah (pembalasan), iaitu; bernazar akan melakukan sesuatu amal kebajikan sekiranya sesuatu tujuan  yang dihajatinya tercapai. Contohnya; “ Jika Allah sembuhkan penyakitku, maka wajiblah aku bersedekah seekor kambing.”

Justeru, apabila penyakitnya sembuh, dia wajib melaksanakan iltizamnya dan tiada sesuatu lain yang boleh menggantikannya.

2.2 Nazar al-Mutlak (semata-mata), iaitu; bernazar akan melakukan amal kebajikan tanpa dikaitkan dengan sebarang sebab. Contohnya seseorang berkata; "Wajiblah atasku berpuasa pada hari Khamis."

Justeru, dengan nazar tersebut dia wajib melaksanakan iltizamnya tanpa sebarang syarat. Bagaimanapun, dia boleh menangguhkan perlaksanaannya sehinggalah masa yang dia sanggup melakukannya. Namun, dia tidak boleh digantikan dengan kaffarah sumpah (al-Fiqh al-Manhaji).

Wallahua'lam

Oleh Ustaz اليسع

USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Jenis-jenis Nazar"

Post a Comment

Thank you for your comments