Hukum Angkat Tangan Ketika Hendak Sujud Tilawah




Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

Assalamualaikum ustaz. Kalau buat sujud sajdah time sembahyang, sunat tak angkat tangan masa takbir nak sujud tu. T.k

Jawapan kami;

Disunatkan mengucapkan takbir ketika ingin turun untuk sujud tilawah dan bangun daripadanya di dalam solat. Namun, tidak disunatkan mengangkat tangan ketika takbir tersebut, bahkan hukumnya adalah makruh. Selain itu, tidak disunatkan untuk duduk istirahah selepas melakukan sujud tilawah di dalam solat (I'anah al-Tolibin).

Oleh Ustaz اليسع

USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Hukum Angkat Tangan Ketika Hendak Sujud Tilawah"

Post a Comment

Thank you for your comments