Masalah Khilafiah Antara al-Asya'irah Dan al-Maturidiah - Sifat Takwin




SILSILAH NOTA ILMU KALAM

Masalah Khilafiah Antara al-Asya'irah Dan al-Maturidiah.

Masalah Pertama: Sifat Takwin.

Menurut imam Maturidi, takwin adalah satu sifat yg azali, berdiri pd zat Allah taala sebagaimana sifat2 yg lain. bertakluk dengan mukawwan (alam) ketika wujudnya (تعلق تنجيزي حادث).

Bagi imam Asy'ari pula takwin adalah satu sifat baharu tidak berdiri pada zat Allah. bahkan ianya sifat perbuatan (fi'liyyah). sifat perbuatan (fi'liyyah) semuanya baharu seperti تكوين (menjadikan), ايجاد (mewujudkan) yg bertakluk dengan wujud alam.

Hasilnya dpt kita simpulankan, imam Maturidi berpendapat, dlm melakukan kerja ايجاد selain dua sifat ma'ani iaitu qudrat dan iradat, terdapat satu lg sifat yg dinamakan sebagai sifat takwin.

Yang membezakan pendapat imam Maturidi dgn imam Asy'ari adalah imam Asy'ari mengatakan takluk sifat qudrat ada dua iaitu صلوحي قديم iaitu harus pd qadim dan تنجيزي حادث iaitu berlaku pada baharu. adapun imam Maturidi mengatakan takluq qudrat bukanlah mewujudkan dan meniadakan itu sendiri (عين الايجاد والاعدام) sebaliknya ia termasuk dalam takluq takwin.

Dapat difahami di sini, pada pandangan imam Asy'ari takwin itu termasuk dlm takluq qudrat di mana sekiranya kesan takluq qudrat itu pada perkara mencipta maka ia dinamakan تكوين, jika kesan takluq qudrat itu pada rezeki maka ia dinamakan ترزيق, jika pada menghidup maka dinamakan إحياء, jika pada mematikan maka dinamakan إماتة. sifat2 ini pada sisi imam Asy'ari disebut sebagai sifat af'al. adapun pada sisi imam Maturidi sifat takwin adalah sifat azali yg keluar darinya sekalian yg mukawwan dan makhluq. wallahua'lam.

Ahmad al-Buti

oleh Ustaz اليسع

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ)
https://telegram.me/aqidah_Islam

0 Comment "Masalah Khilafiah Antara al-Asya'irah Dan al-Maturidiah - Sifat Takwin"

Post a Comment

Thank you for your comments