Definisi Jirim & 'Aradh
Definisi Jirim & 'Aradh
Apakah Definisi Jirim?
Jirim itu ialah:
1) Sesuatu yang ada
2) Bawa diri sendiri (tidak menumpang pada yang lain)
3) Mengambi (mengisi)l ruang
4) Kena jadi (Dijadikan)
5) Baharu
6) Menerima belah bahagi atau tiada menerima belah bahagi (umum)
*Terima belah bahagi – Jisim
* Tidak terima belah bahagi – Jauhar firid
Apakah Definisi ‘Aradh?
‘Aradh itu ialah:
1) Sesuatu (sifat) yang ada
2) Tidak boleh bawa diri sendiri (menumpang pada sesuatu yang lain yakni zat)
3) Mengambil (mengisi) ruang
4) Kena jadi (Dijadikan)
5) Baharu
6) Terima belah bahagi atau tidak (umum)
[Qauluhu: جرم]; maknanya pada lughah iaitu jasad ertinya tubuh badan,
Dan pada istilah (pada sepakat dan panggilan ulamak usuluddin) iaitu
[ما تَحَيَّزّ بِنَفْسِهِ]
ertinya barang yang bertempat (mengambil lapang) ia dengan sendirinya yakni barang yang ada ia (serta bertempat) dengan jalan bawa dirinya sendiri.
[Qauluhu:عرض ]
(ada) baginya beberapa makna pada lughah:
- setengahnya (sebahagian makna pada lughah) makna مَتاعٌ ertinya mata benda,
- dan setengahnya
اسم لما لا دوام لها
ertinya (satu) nama bagi barang yang tiada kekal baginya dikatakan
هذا الأمر عرض أى (هذا) عارض زائل
yakni ini perkara yang datang sekejap hilang ia,
dan maknanya pada istilah iaitu
[ما تَحَيَّزَ بغيره]
ertinya barang yang bertempat ia dengan (di) yang lain yakni barang yang ada ia (serta bertempat) pada suatu yang lainnya seperti warna putih yang ada ia pada kapas umpamanya, dan masin yang ada ia pada garam umpanya dan demikianlah yang lainnya (daripada yang tersebut itu).
Rujukan:
Mizan al-Zarari oleh Ismail bin Omar al-Sepanjang (Baba Ismail Spanjang), cetakan Pondok Darul Muhajirin, hal. 9 – 10
oleh Ustaz اليسع
Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) : MSO-D12
https://telegram.me/aqidah_Islam
0 Comment "Definisi Jirim & 'Aradh"
Post a Comment