3 Tanda Doa Dikabulkan
Dari Channel Nota Q&A Hadith ⭐️ MSO-D4
Soalan:
🔵Assalamualaikum asatizah..mohon bantuan untuk sahkan dari segi sanad dan matan hadis di atas?
Jawapan Ustaz Zulhusni Mat Resat:
Saya tak jumpa dalam Sahih al-Bukhari.
3 keadaan tersebut bukan keadaan di mana doa akan dimakbulkan tetapi tanda doa akan dikabulkan.
Dalam kitab ‘Uddah al-Hisn al-Hasin oleh Imam Ibnu al-Jazari, ada disebutkan fasal tentang tanda-tanda doa akan dikabulkan, antaranya 3 keadaan tersebut:
1. الخشية (rasa takut ketika berdoa)
2. البكاء (menangis ketika berdoa)
3. القشعريرة (menggigil ketika berdoa)
Imam al-Syaukani dalam Tuhfah al-Zakirin menyebutkan bahawa tanda-tanda ini adalah berdasarkan tajribah (pengalaman) yang tidak perlu kepada dalil.
Channel Nota Q&A Hadith ⭐️ MSO-D4
https://telegram.me/bicara_hadithMSO
0 Comment "3 Tanda Doa Dikabulkan"
Post a Comment