Hukum Solat Sunat Sebelum Waktu Zohor
Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
๐ดSoalan:
Benarkah ada kenyataan yang menyatakan TIDAK BOLEH menunaikan sebarang solat 15-30minit sebelum waktu Solat Zohor?
sekian, terima kasih
Jawapan kami;
Salah satu waktu yang dilarang untuk melakukan solat sunat yang tidak mempunyai sebab yang mendahului atau yang menyertainya adalah ketika waktu istiwa' kecuali pada hari Jumaat sehingga ia tergelincir (masuk waktu Zuhur) dan ketika berada di tanah haram Mekah. Hal ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh 'Uqbah bin 'Amir radhiallahu anhu;
َูุงَู ุฑَุณُُูู ุงَِّููู ุตََّูู ุงَُّููู ุนََِْููู َูุณََّูู َ ََْูููุงَูุง ุฃَْู ُูุตََِّูู َِِّูููู...َูุญَِูู َُูููู ُ َูุงุฆِู ُ ุงูุธَِّููุฑَุฉِ ุญَุชَّู ุชَู َِูู ุงูุดَّู ْุณُ
"Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam menegah kami untuk melakukan solat...iaitu salah satunya adalah ketika matahari rembang (waktu istiwa' iaitu ketika matahari tegak atas kepala) hingga gelincir (masuk waktu Zuhur)..."(Riwayat Muslim).
Diriwayatkan oleh Jubair bin Mut'im radhiallahu anhu;
ٍุฃََّู ุงَّููุจَِّู ุตََّูู ุงَُّููู ุนََِْููู َูุณََّูู َ َูุงَู َูุง ุจَِูู ุนَุจْุฏِ ู ََูุงٍู َูุง ุชَู َْูุนُูุง ุฃَุญَุฏًุง ุทَุงَู ุจَِูุฐَุง ุงْูุจَْูุชِ َูุตََّูู ุฃََّูุฉَ ุณَุงุนَุฉٍ ุดَุงุกَ ู ِْู ٍَْููู ุฃَْู ََููุงุฑٍ
Sesungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam bersabda; "Wahai Abdu Manaf, janganlah kamu larang sesiapapun melakukan tawaf dan solat di Kaabah ini pada bila-bila masa yang dikehendakinya sama ada malam ataupun siang."(Riwayat al-Tirmizi dan Abi Daud).
Sehubungan itu, menurut pendapat muktamad sepertimana yang telah disebutkan oleh Imam al-Nawawi di dalam Kitab al-Raudhah dan al-Majmuk, larangan tersebut adalah larangan makruh tahrim. Malah solat sunat tersebut juga tidak sah jika dilakukan pada waktu-waktu tegahan itu (al-Baijuri 282/1).
Justeru itu, menurut kiraan falak, waktu istiwa' tersebut hanyalah sebentar sahaja iaitu dalam tempoh 1 minit 4 saat sebelum gelincirnya matahari (masuk waktu Zuhur).
Wallahu a'lam.
- ูููุช ุงูุฅุณุชูุงุก ููุช ูุทูู ูุง ููุงุฏ ูุชุณุน ูุตูุงุฉ ููุง ููุงุฏ ูุดุนุฑ ุจู ุญุชู ุชุฒูู ุงูุดู ุณ ุฅูุง ุฃู ุงูุชุญุฑูู ูู ูู ุฅููุงุนู ููู ุงูุชูู .-ู ุบูู ุงูู ุญุชุงุฌ
Oleh Ustaz ุงููุณุน
USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
0 Comment "Hukum Solat Sunat Sebelum Waktu Zohor"
Post a Comment