Hukum Wanita Haid Mengajar al-Quran
Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
Soalan:
Assalamualaikum ust.sy nak bertanya apa hukum wanita haid mengajar al-quran?jika dibenarkan apakah dalil atau penjelasan ulama' serta sampai tahap mana shj kebenaran tersebut?bolehkah dia membetulkan bacaan murid yg salah?terima kasih ust.jazakumullah khairan kathira
Jawapan kami;
Diharamkan bagi wanita yang haid dan nifas membaca al-Quran dalam 2 keadaan iaitu;
a. Apabila dia hanya meniatkan sebagai bacaan al-Quran
b. Apabila dia meniatkan sebagai bacaan al-Quran serta zikir
Walaubagaimanapun, apabila tidak ditentukan salah satu daripada kedua-duanya (al-Quran atau zikir) iaitu secara mutlak atau membaca ayat al-Quran dengan niat zikir atau doa semata-mata, maka hukumnya adalah harus (Al-Baijuri 172, al-Taqrirot 174).
Begitu juga, jika tujuan perempuan haid itu membaca al-Quran bukan dengan niat sebagai bacaan al-Quran. Tetapi tujuannya adalah sekadar untuk mengajar atau membetulkan bacaan yang salah, maka dalam keadaan seperti ini ia diharuskan (Bughyah al-Mustarsyidin, 52)
Wallahu a'lam
Oleh Ustaz اليسع
USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
0 Comment "Hukum Wanita Haid Mengajar al-Quran"
Post a Comment