Analisis Prof. Dr.Asmadi Mengenai Skim Cepat Kaya





Dari Group Telegram MSO-D5 : Muamalat dan Ekonomi Islam

Oleh Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim

Kita dah banyak kali kena analisis skim cepat kaya. Sikit panduan supaya tuan puan boleh bantu saya berikan jwpan kepada shbt2 yg bertanya:

  1. Tengok bentuk skim ni, adakah pelaburan dibayar utk membeli barang; atau sekadar "keahlian" utk mendapat pulangan tetap.. jika sekadar keahlian utk pulangan tetap, yg ni termasuk riba. Jika ada barang, barangnya dijual dgn harga berpatutan, bukan dgn ditop up (dimahalkan) utk selindungkan money game didlmnya., maka harus jual beli ni..
  2. Pulangan pelaburan tersebut, adakah "tetap" atau bergandung kpd peratus keuntungan..jika tetap, ada unsur riba..
  3. Pastikan pelaburan tersebut berdaftar dgn Suruhanjaya Sekurities, sbb pengambilan deposit tertakluk kpd kebenaran mengambil deposit.. penubuhan Syarikat dan berdaftar dgn pendaftaran syarikat adalah tak memadai.
  4. Jika pelaburan adalah utk sesuatu perniagaan yg akan dibuat, sebagai rakan kongsi, tuan/puan berhak tengok dokumen jual beli/tender/dll kerana nak berkongsi, kena jelas dan dpt tengok supaya tulen..
  5. Tak cukup percaya, kami meniaga "barang tu", dan "Patuh Syariah", tanpa melihat dokumen yg berkaitan..


manakala utk produk-produk berdaftar dgn Suruhanjaya Sekuriti.. dan Bank Negara, tak perlu utk tengok dokumen tu sbb mereka dah minta dokumen tersebut sebelum meluluskan sesuatu produk..

Wallahu a'lam.

Group Muamalat & Ekonomi Islam MSO-D5
https://telegram.me/joinchat/Ae6R7jucnQ9D4g0ceVmUmg

0 Comment "Analisis Prof. Dr.Asmadi Mengenai Skim Cepat Kaya"

Post a Comment

Thank you for your comments