Hukum Tawaf Sambil Mendukung Bayi
Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
๐ดSoalan:
Assalamualaikum....blh ke mendukung bayi semasa tawaf? sah ke tawaf jika di pertengahan tawaf bayi trkencing dlm dypers?
๐ดJawapan kami;
Di antara syarat sah tawaf adalah suci daripada najis sama ada pada pakaian, badan atau tempat bertawaf sama hukumnya sepertimana solat (al-Idhoh 282). Hal ini adalah berdasarkan sabda Nabi sollallahu alaihi wa sallam;
ุงูุทََّูุงُู ุญََْูู ุงْูุจَْูุชِ ู ِุซُْู ุงูุตََّูุงุฉِ ุฅَّูุง ุฃََُّููู ْ ุชَุชَََّููู َُูู ِِููู َูู َْู ุชَََّููู َ ِِููู ََููุง َูุชَََّููู ْ ุฅَّูุง ุจِุฎَْูุฑٍ (ุฑูุงู ุงูุชุฑู ุฐู 960، ูุงูุญุงูู ูุตุญุญู)
"Tawaf keliling kaabah sama seperti bersolat kecuali kamu boleh bercakap-cakap ketika melakukannya. Sesiapa yang bercakap-cakap ketika itu, janganlah bercakap kecuali yang baik-baik."
Justeru itu, sekiranya bayi tersebut suci daripada najis, maka ia harus didukung ketika tawaf dan tawafnya sah. Namun, sekiranya bayi yang didukung itu mempunyai najis yang tidak dimaafkan seperti kencing di dalam pampers atau qulfah (kulit yang menutup hujung zakar) yang tidak disucikan, maka tawafnya tidak sah. Hal ini adalah kerana, dia dikira telah menanggung najis ketika tawaf. Justeru, tawaf bersama-sama najis yang tidak dimaafkan adalah tidak sah (Al-Idhoh 284).
Wallahu a'lam
Oleh Ustaz ุงููุณุน
USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
0 Comment "Hukum Tawaf Sambil Mendukung Bayi"
Post a Comment