Hukum Menghias Kubur dan Menjirus Dengan Air Mawar




Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

Assalamualaikum ustaz..apa hukum menghias kuburan

Jawapan kami;

Menghias kuburan selain maqam Rasulullah sollallahu alaihi wa salam dengan kain sutera (harir) hukumnya adalah haram, dan dengan selain sutera hukumnya adalah makruh (Tarsyih al-Mustafidin).

Manakala menghias kubur dengan jambangan bunga yang dibeli dengan harga yang mahal, maka tidaklah digalakkan bahkan tidak lepas daripada sekurang-kurangnya dihukumkan makruh dan diberi pahala jika meninggalkannya, sepertimana juga menjirus kubur dengan air mawar. Maka hendaklah dihentikan perbuatan menghias-hias kubur secara berlebihan, membazir dan membuangkan harta. Adalah lebih baik jika wang yang digunakan untuk tujuan tersebut disedekahkan kepada fakir dan miskin atas nama si mati. Ketahuilah bahawa sampainya pahala sedekah harta kepada si mati telah disepakati oleh sekalian ulamak tanpa ada khilaf.

Wallahu a'lam.

Oleh Ustaz اليسع



USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Hukum Menghias Kubur dan Menjirus Dengan Air Mawar"

Post a Comment

Thank you for your comments