ISU JUAL BELI EMAS SECARA ONLINE. Adakah ianya HALAL??



Dari Group Telegram MSO-D16 : Muamalat dan Ekonomi Islam
Oleh Prof Asmadi

Soalan:

Secara asasnya.. Jual beli emas hendaklah secara on the spot Sesuai dengan Hadis Nabi SAW.. Dengan kata lain Emas itu menjadi milik si pembeli sebaik sahaja. bayaran dilakukan..

Islam Is The Only Way Of Life.. Pasti ada jalan penyelesaian..

Hukum Fiqh menerima dua kaedah pemilikan..
1. قبض حقيقي :
 (Pemilikan Hakiki)

2. قبض حكمي.
 (Pemilikan Hukmi)

Pemilikan Hakiki- Kita dapat lihat barang yg dibeli tu didepan mata kita dan dapat disentuh dan dipegang dengan tangan.. Ia bertukar tangan sebaik bayaran dilakukan.

Pemilikan Hukmi- Barang yang kita beli tu ada di tempat lain.. ia sudah menjadi milik kita sebaik bayaran dilakukan.. Cuma perlukan masa beberapa hari untuk proses penghantaran kerana tempat yang jauh dan sebagainya..

Rujukan :

١) الوسيط للإمام الغزالي
جزء : ٣
صفحة : ٧٣

٢) الدورة الثامنة عشرة للجمع الفقهي الإسلامي
موضوع : "تجارة الهاشمي"
صفحة : ٢٥- ٢٨
 &
٣) مجلس الفتوى الأعلى القدس الشريف - فلسطين
الرقم : ٩١/٢٠٠٥/٥
التاريخ : ٠٥ جمادي الأولى ١٤٢٦هجري
الموافق : 12/06/2005
من قرارات مجلس الفتوى الأعلى 3/52
الموضوع : حكم العمل في بورصة العملات العالمية




Jadi.. Dlm Powergold.. Emas yg kita beli tu sudah menjadi milik si pembeli on the spot iaitulah pemilikan hukmi sebaik sahaja bayaran dilakukan.. Manakala ia menjadi pemilikan hakiki, apabila emas tersebut sampai ke tangan pembeli setelah melalui beberapa hari untuk proses penghantaran...


nanti minta ustaz terangkan ttg pnyataan jual beli emas?

Jawapan Prof. Asmadi:

Asal qabd tu mesti serta merta atau lani @ loni @ lerni... Itu dimaksudkn hakiki... Atas beberapa halangan, cth tempat jauh maka bila sj penjual dpt duit (setelah emas dah dimiliki penjual) dgn di bank in oleh pelanggan, terus diposkan (tak boleh ditangguh dan bukan sengaja tangguh sampai beberapa hari).

Konsep ni menerima pakai T + 2 iaitu hari transaksi campur 2 hari tambahan yg ada dalam sistem perbankn melibatkan amaun yg besar... Ratusan ribu bahkan jutaan...

Itupun dikontrol dgn rapi dan jg dikritik supaya bnk2 islam jgn dgn sengaja melngahkan sehingga perlu tambah sehari atau 2 hari...

Kalu pelanggan yakin mmg syarikat tersebut memiliki emas tersebut dan tiada penangguhan, maka hilanglah isu riba... Cuma berawas dgn skim emas ini sbb tiada regulator khsus kecuali KPDNKK...

0 Comment "ISU JUAL BELI EMAS SECARA ONLINE. Adakah ianya HALAL??"

Post a Comment

Thank you for your comments