Berkenaan Hadith Yang Tidak Diketahui Asalnya

Perkongsian Dr. Khafidz Soroni dalam Group Telegram Bicara Hadith MSO - D1

Soalan:
nasihat ustaz bagi orang awam tentang hadith yang tidak kelihatan sumber dan asalnya?

Jawapan Ustad khafidz :
Hadis2 yg dikatakan tidak ditemui sumber asalnya oleh mana2 pngkaji @ ahli @ alim hadis bermakna ia hadis yg patut diketepikan & tidak disebarkan.. istilah tak ditemui byk diguna oleh ulama hadis seperti

لم أجده، لم أجد له أصلا، لم أقف عليه، ونحو ذلك

Istilah2 ini menunjukkan kita perlu bertawaqquf (berhenti) dari mnyebarkannya shingga trbukti sumber asalnya. Jika ada sumber asal baru dikaji sanadnya sama ada ia sahih, dhaif, palsu dll..
Jika ada yg mampu mmbuktikan sumber asal & statusnya, maka barulah keputusan dpt dibuat.

Kerana kaedah menyebut:
"org yg tahu hujah ke atas org yg tidak tahu."

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berkenaan status hadith yang tidak dinyatakan sumbernya bolehkah dihukum sebagai palsu atau tidak:

Saya berpegang dgn kaedah yg telah digariskan oleh al-'Allamah al-Muhaddith Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah iaitu:

(i.) Istilah : la asl lah (tiada asalnya). Ungkapan ini mempunyai beberapa bentuk pengertian, iaitu :

1. Ungkapan : hadha al-hadith la asl lah (hadith ini tiada asalnya) atau la asl lah bi hadha al-lafz (tiada asalnya dengan lafaz ini) atau lays lah asl (tiada asal baginya) atau lam yujad lah asl (tidak ditemui asalnya) atau lafaz-lafaz yang seumpamanya, maksudnya ialah hadith berkenaan tidak mempunyai sanad sama sekali.

2. Ungkapan : hadha al-hadith la asl lah (hadith ini tiada asalnya) pada hadith yang bersanad, maksudnya hadith berkenaan adalah mawdu‘ lagi dusta.

3. Ungkapan : hadha al-hadith la asl lah fi al-kitab wa la fi al-sunnah al-sahihah wa la al-da‘ifah (hadith ini tiada asalnya di dalam al-Quran mahupun al-Sunnah, sama ada sahih ataupun daif) maksudnya makna hadith berkenaan adalah sangat ganjil dan tidak pun disokong oleh nas-nas syarak.

4. Ungkapan : hadha al-hadith la asl lah fi al-kitab wa la fi al-sunnah al-sahihah (hadith ini tiada asalnya di dalam al-Quran mahupun al-Sunnah yang sahih) maksudnya makna hadith berkenaan tidak ada di dalam al-Quran dan juga hadith sahih, tetapi ada di dalam hadith hasan atau daif.

(ii.) Istilah : la a‘rifuh (saya tidak mengenalinya) atau lam aqif ‘alayh (saya tidak pernah menemuinya) atau la a‘rif lah asla (saya tidak tahu ada asal baginya) atau lam ajid lah asla (saya tidak menemui asalnya) atau la a‘rifuh bi hadha al-lafz (saya tidak mengenalinya dengan lafaz ini) atau lam arah bi hadha al-lafz, (saya tidak lihat ianya dengan lafaz ini) atau lam ajidh (saya tidak menemuinya) atau lafaz-lafaz yang seumpamanya.

Jika ianya diungkapkan oleh salah seorang pakar hadith yang masyhur serta tidak dikritik, maka sudah memadai bagi menghukum hadith berkenaan sebagai mawdu‘.

مقدمة المصنوع للإمام علي القاري

Wallahu a'lam.

Klik link URL ini untuk ikuti perbincangan group telegram hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO


0 Comment "Berkenaan Hadith Yang Tidak Diketahui Asalnya"

Post a Comment

Thank you for your comments