Ulasan Dr.Khafidz Soroni Mengenai Buku 40 Kisah Palsu Tapi Masyhur

Dari group telegram MSO-D1 : Bicara Hadith Oleh Ustaz محمد حافظ سوروني
*Ulasan Ustaz محمد حافظ سوروني pada kisah 10, 13 & 19 dari isi kandungan buku 40 KISAH PALSU TETAPI MAHSYUR

Kisah 10: Bahasa Penduduk Syurga adalah Bahasa Arab

Ulasan Ustaz محمد حافظ سوروني
"Ada tiga hukum ulama terhadap hadis di atas iaitu;

i- Ulama yang menyatakan ia hadis sahih atau hasan. Antara mereka; al-Hakim dalam al-Mustadrak, diikuti oleh al-‘Iraqi dalam Takhrij Ihya’ ‘Ulumiddin, as-Suyuti dalam al-Jami‘ as-Saghir dan Mulla ‘Ali al-Qari dalam al-Asrar al-Marfu‘ah. As-Silafi dan az-Zurqani dalam Mukhtasar al-Maqasid mengatakan ia hasan (iaitu hasan li-ghairih).

ii- Ulama yang menyatakan ia hadis daif atau seumpamanya. Antara mereka; al-Baihaqi dalam Syu‘ab al-Iman, al-Haithami dalam Majma‘ az-Zawa’id, Ibn Hajar al-‘Asqalani, as-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah, as-Suyuti dalam an-Nukat ‘ala al-Mawdu‘at, Ibn ‘Arraq al-Kinani dalam Tanzih as-Syari‘ah, al-‘Ajluni dalam Kasyf al-Khafa’ dan lain-lain.

iii- Ulama yang menyatakan ia hadis yang sangat daif atau palsu. Antara mereka; Abu Hatim ar-Razi, al-‘Uqaili dalam ad-Dhu‘afa’, Ibn Hibban, Ibn al-Jawzi, az-Zahabi, as-Syawkani dalam al-Fawa’id al-Majmu‘ah dan lain-lain.

Setelah meneliti jalan-jalan riwayat hadis berkenaan, saya melihat pendapat kedua adalah lebih sederhana yang menyatakan ia hadis daif, bukan sahih dan bukan juga palsu."

Kisah 13: Sa’labah, Sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang Tidak Membayar Zakat

Ulasan Ustaz محمد حافظ سوروني
Ia merupakan sebuah kisah yang masyhur yang telah diriwayatkan oleh at-Tabari dlm Tafsirnya, at-Tabarani dlm al-Kabir, al-Wahidi dlm Asbab an-Nuzul, Ibn al-Athir dlm Usdu al-Ghabah, al-Baghawi dlm Tafsirnya, Abu Nu’aim dlm Ma’rifah as-Sahabah, Ibn ‘Abdil Barr dlm al-Isti’ab, Ibn Mandah, al-Hasan bin Sufyan, Ibn al-Munzir, Ibn Abi Hatim, Abu as-Syeikh, al-‘Askari dlm al-Amthal, Ibn Marduyah, al-Barudi, Ibn Qani’, Ibn as-Sakan, Ibn Syahin, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman dan Ibn ‘Asakir. Kesemuanya meriwayatkan daripada riwayat Abu Umamah RA. Terdapat satu jalur riwayat lain yang menyokong riwayat ini daripada Ibn ‘Abbas RA, sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibn Marduyah dlm Tafsirnya. (lihat: al-Isabah oleh al-Hafiz Ibn Hajar)

"Ada tiga pendapat ulama mengenai status kisah ini, iaitu:

1. Ulama yang menyatakannya tidak palsu atau daif: al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, al-Hafiz al-‘Iraqi dlm Takhrij al-Ihya’, Al-Hafiz as-Suyuti dlm ad-Durr al-Manthur dll, al-‘Allamah al-Futtani dlm Tazkirah al-Maudhu’at, Imam az-Zabidi dlm Ithaf as-Sadah serta kebanyakan para mufassirin (ulama tafsir), termasuk Imam al-Wahidi dlm al-Wajiz, Imam Ibn al-‘Arabi dlm Ahkam al-Quran, al-Hafiz Ibn Kathir, Imam al-Alusi dan lain-lain yang menyatakannya sebagai sebab turunnya ayat 75 surah at-Taubah. Bahkan, Ibn Kathir menyebutkan ia termasuk pendapat Ibn ‘Abbas RA, sahabat mufassir yang terkenal dan al-Hasan al-Basri RA, tabii masyhur.

2. Antara ulama yang menyatakannya sangat daif: al-Hafiz al-Haithami dlm Majma’ az-Zawa’id, al-Hafiz Ibn Hajar dalam al-Isabah dll, Imam Ibn Hajar al-Makki al-Haitami dlm al-Fatawa al-Hadithiyyah dan al-‘Allamah al-Munawi dlm al-Fath as-Samawi.

3. Antara ulama yang menyatakannya palsu: Imam Ibn Hazm dlm kitab al-Muhalla.

Ulama yang menyatakan kisah ini tidak palsu menyebutkan terdapat dua orang Tha’labah, iaitu Tha’labah bin Hatib, seorang sahabat Badar yang meninggal dunia di Uhud dan seorang lagi Tha’labah bin Hatib/Abi Hatib, seorang munafik yang meninggal dunia di zaman Khalifah ‘Uthman RA. Ibn Ishaq menyebut, dia termasuk orang yang membina Masjid ad-Dhirar (masjid orang munafik). Kata al-Hafiz Ibn Hajar dlm al-Isabah: “Saya telah pasti kedua-duanya berbeza berdasarkan pendapat Ibn al-Kalbi bahawa sahabat Badar tersebut telah syahid di Uhud”. (lihat: Ithaf as-Sadah oleh az-Zabidi)"

Kisah 19: Al-Qamah yang Derhaka kepada Ibunya

Ulasan Ustaz محمد حافظ سوروني
"Hadis yg berkaitan tanpa menyebut nama 'Alqamah adalah hadis yg tidak palsu"

Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO

3 Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. KIsah Abdul Rahman masuk syurga dengan cara merangka pun kelihatan kejanggalan kerana

    Pertama ia sahabat nabi mana mungkin sahabat Rasul yang berjasa dalam pemberian hartanya apabila masuk syurga perlu merangka atas sebab hartanya dan tambahan hartanya diperjuangkan di jalan Allah? nampak sangat kejangkalan hadith ini..

    Kedua : Memberikan pandangan kepada setiap muslim sukarnya untuk menjadi sekaya dengan sebesar mana pun sedekah (dengan iklas) maka ia tetap lebih "hina" daripada orang yang tidak kaya.. sebab terpaksa merangkak ke syurga.

    Mereka memandang bahawa harta itu merupakan penghalang dari kesegeraan menuju kebaikan. Mereka juga mengatakan, “Jika Ibn ‘Auf (iaitu Abdul Rahman bin Auf) masuk syurga sambil merangkak dengan sebab hartanya, maka itu sudah cukup menjadi alasan tentang keburukan harta.” Padahal hadith ini tidaklah sahih, dan ‘Abdurrahman bin ‘Auf ialah sahabat yang telah dijanjikan baginya syurga- terlepas dari (anggapan) bahwa dia terhalang oleh hartanya dari kesegeraan (menuju surga), karena mengumpulkan harta itu memang mubah, yang tercela itu adalah cara mendapatkannya yang tidak benar dan tidak mengeluarkan kewajiban atas harta itu di dalamnya (zakat dan sedekah), sedangkan ‘Abdurrahman bin ‘Auf itu terlepas dari kedua hal itu.

    Al-Hafizh Ibn Hajar al-Asqalani berkata di kitab al-Qaul al-Musaddad (halaman 25):

    Aku melihatnya tidak meluaskan pembicaraan atas kisah ini, maka cukuplah bagi kita persaksian Imam Ahmad bahawa kisah itu dusta. Lebih utama kita katakan, “Kisah ini termasuk di antara hadith-hadith yang diperintahkan oleh Imam Ahmad untuk ditinggalkan/dibuang, boleh jadi dari yang seharusnya ditinggalkan itu tertinggal karena lupa atau boleh jadi sebagian lagi dari yang (ditambahkan) oleh ‘Abdullah (bin Ahmad bin Hanbal) dan luput disingkirkan, wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. KIsah Abdul Rahman masuk syurga dengan cara merangka pun tidak kelihatan kejanggalan kerana

Thank you for your comments