Status Hadith Berkaitan Rokok dan Tembakau



Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith oleh Ustaz Khafidz Soroni


Soalan:

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata mereka adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umatku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umatku, bahkan mereka adalah orang yang celaka.”
Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”
Sabda Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada
Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang
menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah."
Allah berfirman: "Keluarlah
engkau dari syurga, sesungguhnya engkau
terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”
Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji.”
#sudahdiberitahu. Jika tidak ingin berubah, anda tanggung dosa sehingga ke akhirat.
-Ustaz Azhar Idrus-     
   
Merokok  adalah senjata Yahudi yang paling berjaya, nak tahu kenapa?         
Sebabnya : Mana ada orang hisap rokok bermula dengan BISMILLAH..!  Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH..!          Menyalakan api adalah kesukaan syaitan!  Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi!          Mengepit 2 jari pada rokok adalah melambangan salib! Sebarkan Demi Islam! Astarfirullah halazim... Allahuakbar...
#fakta!!!

🔴 As Salam. Mhn para asatizah post semula status & takhrij Hadith ini. Ana dh scroll tapi tak jumpa. Mohon maaf atas kesulitan.
Syukran.

Jawapan:

Saya pun tak jumpa.

Status Hadis Rokok

Hadis tsb tidak ditemukan sumber asalnya.

Sy nukilkan apa yang disebutkan oleh Imam ‘Abdul Hay al-Laknawi dlm kitabnya al-Athar al-Marfu‘ah fil Akhbar al-Mawdhu‘ah (hlm. 15) ttg hadis2 larangan daripada menghisap asap tembakau: “Aku pernah melihat dlm suatu risalah susunan setengah org yang menegahnya akan khabar2 yang dinisbahkan kpd Nabi SAW, antaranya: 

1. (كل دخان حرام)
2. (كل جوف يدخل الدخان فيه من أوراق السموم يخرج من الإيمان)
3. (سيأتي على الناس زمانٌ يأكل أمتي الدخان قلوبها سود ووجوهها ناقص وشفتاها أخضر فإنه ذريعة الشيطان من زمان نوح وسقي من بوله من أكله مرة لا يدخل الجنة)
4. (دخان كل شيء حرام)
5. (من شرب الدخان ولا يتوب عند الموت فليس له شفاعتي يوم القيامة)
6. (تظهر شجرة في بلاد الهند يشرب الناس دخانها يذهب الدين والعقول في الدنيا)
7. (من شرب الدخان القاحك ولو كان مرة دخل النار في بطنه ونفس قلبه بالنار)

Semua khabar-khabar ini, org yang mempunyai latihan percakapan Arab yang paling minima sekalipun, apatah lg org yang mempunyai kemahiran dengan hadith-hadith Nabi SAW dapat menyaksikan bahawa ianya adalah palsu yg direka cipta, yang direka-reka oleh org2 yang bersifat keras dlm melarang menghisap rokok dan telah menempah tempat-tempat duduk mereka di dalam api neraka.”

Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/joinchat/BBhcUDu6GRybrztez3Dc-g

0 Comment "Status Hadith Berkaitan Rokok dan Tembakau"

Post a Comment

Thank you for your comments