Kedudukan Hadith di Dalam Musnad Imam Syafie



Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith oleh Ustaz Khafidz Soroni


Soalan:

bagaimana kedudukan hadith di dalam musnad Imam Syafie?
adakah semua hadithnya sahih atau sebaliknya?

Jawapan:

Tidak semua hadis2nya sahih kerana ada yg daif disbbkan terputus sanad dan sebagainya.

Kata Imam as-Suyuti dalam as-Syafi al-‘Ei ‘ala Musnad al-Syafi‘i: “Musnad al-Syafi‘i yang mengandungi hadis2 marfu‘ yang bersifat musnad, mursal, munqati‘ dan mu‘dhal merangkumi kira-kira 1,170 buah hadis, termasuk yang berulang2. Bilangannya tanpa termasuk yang berulang2 ialah 820 hadis, yang bersifat musnad 700 hadis dan bakinya 120 hadis adalah mursal, munqati‘ dan mu‘dhal. Ianya di sisi beliau adalah hujah kerana mempunyai nas2 sokongan sebagaimana yang telah disebutkan dahulu dan dinaskan oleh beliau dalam kitab al-Risalah”.

Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/joinchat/BBhcUDu6GRybrztez3Dc-g

0 Comment "Kedudukan Hadith di Dalam Musnad Imam Syafie"

Post a Comment

Thank you for your comments