Skim Penjualan Menggunakan Prinsip Bai al-Salam dan Hibah





Dari Group Telegram MSO-D16 : Muamalat dan Ekonomi Islam

Soalan


Ada satu skim menjual rumah banglo menggunakan prinsip bai al-salam dan hibah. Contohnya harga rumah adalah Rm200k, perlu di bayar dahulu 100k, 100k lagi dibayar apabila siap. Pembeli akan mendapat hibah bulanan sebanyak RM600 selama 3 tahun. Kalau tak siap, dapat balik duit Rm 100k. Apa pandangan tuan?

Jawapan


Pertamanya akad yang bersesuaian bagi pembelian rumah sebelum pembinaan ialah aqad al-istisna’ yang bermaksud pembinaan/pembuatan, bukannya bay’ al-salam. Bay’ al-salam yang membawa maksud al-salaf iaitu pinjaman, ia merujuk kepada jual beli yang melibatkan penangguhan serahan barang yang dibeli, harganya perlu dilangsaikan kesemuanya semasa membeli. Ia tidak boleh dibayar secara ansuran. Di sebaliknya, pembayaran harga bagi aqad al-istisna’ dibolehkan dibuat secara ansuran atau mengikut perkembangan siapnya pembinaan. Bay’ al-salam kebiasaannya melibatkan barang barang mithli, (homogenous) seperti beras, minyak dll. Untuk mengelakkan ketidakadilan dan penipuan kepada kedua dua pihak yang berkontrak, barang yang dibeli mestilah diketahui dan diperstujui spesifikasinya dan  tempoh/ tarikh delivery.

Dengan itu penggunaan bay’ al salam dalam sekim di atas dan juga bentuk bayaran yang dibuat iatu dua kali bayar, pertama pendahuluan sebanyak Rm100k dan bakinya RM100k lagi apabila siap adalah tidak menepati ciri ciri bay’ al-salam. Ia lebih kepada istisna‘. Tetapi, sekiranya mahu digunakan aqad al-istisna’ maka segala syarat syarat istsina yang berkaitan dengan pembinaan rumah mesti dipenuhi contohnya tapak tanah mestilah diketahui dan tidak ada pertindanan tempahan. Pembeli berhak membatalkan aqad jual beli sekiranya rumah tidak boleh disiapkan pada tempoh yang dijanjikan. Denda berbentuk tunai juga boleh dikenakan ke atas pemaju yang tidak dapat menyiapkan binaan dalam tempoh yang dipersetujui.

Bagi aqad al-istisna yang tidak dipakejkan dengan jualan tanah, ia hanya terpakai kepada pembinaan atau pembuatan. Adapun pembelian tapak tanah, maka ia adalah aqad berasingan. Sebaik baiknya aqad istisna’ dilakukan berasingan.

Harga rumah bungalow dengan kadar RM200k amat meragukan. Adapun hibah bulanan  RM600, hukum asal hibah adalah harus. Tetapi ia agak janggal kerana tidak dibuat oleh syarikat-syarikat pemaju yang terkenal dan sudah established. Apa tujuan hibah tersebut? Sekiranya ia bertujuan hendak menarik perhatian orang ramai untuk melabur tetapi di sebaliknya  hanya money game, atau sekim cepat kaya, hibah dan sekim istisna’ itu bermasalah dan boleh bertukar menjadi haram kerana ia melibatkan penipuan, bukannya pembinaan dan penjualan rumah yang sebenar.

copy dari dr.Azman

Wallahua’lam.

0 Comment "Skim Penjualan Menggunakan Prinsip Bai al-Salam dan Hibah"

Post a Comment

Thank you for your comments