3 in 1: Penilaian Imam al-Haithami, Hadith memandang wajah Ali & status hadith surah al-Ikhlas




Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith oleh Ustaz Khafidz Soroni

Soalan

Saya nak tumpang tanya tiga soalan.

1. Adakah penilaian Imam al-Haithami dalam Majma' al-Zawaid boleh diterima? Saya ada terbaca dalam kitab syeikh Abu Laith yang menyatakan al-Haithami sebagai tasahul.

2. Apakah status hadis memandang wajah ali adalan ibadah?

3. Hadis-hadis dalam kitab Fadhail surah al-Ikhlas oleh al-Khallal banyak yg palsu ke ustaz.

Terima Kasih.

Jawapan:

1. Ya penilaian Imam al-Haithami dalam Majma' al-Zawaid boleh diterima, jika tidak dikritik.. Walaupun ada yg menyatakan al haithami sebagai tasahul, itu tidak menjadi suatu celaan dlm disiplin ilmu, sama sebagaimana sifat tasyaddud. Kedua-duanya hanya sbg tanda supaya kita bersifat hati-hati sahaja.. penilaian al-Haithami yg disepakati oleh  pengkritik lain sudah pasti adalah yg terlebih baik.

2. Hadis memandang wajah 'Ali adalan ibadah, ada yg mengatakan sahih, hasan, daif & mawdhu'. Pada pendapat saya, ia bukan mawdhu' kerana banyak jalan-jalan riwayatnya. Saya nukilkan petikan berikut:

قال الفتني في  تذكرة الموضوعات: " النظر إلى علي عبادة " أورده من حديث أبي بكر وعثمان وابن مسعود وابن عباس ومعاذ وجابر وأنس وأبي هريرة وثوبان وعمران وعائشة ووهاها كلها قلت المتروك والمنكر إذا تعددت طرقه ارتقى إلى درجة الضعف القريب بل ربما ارتقى إلى الحسن وهذا ورد من رواية أحد عشر صحابيا بعدة طرق وتلك طرق عدة التواتر في رأيي.اهـ

وقال العجلوني في كشف الخفاء:  قال القاري وقد ورد النظر إلى وجه علي عبادة - رواه الطبراني والحاكم عن ابن مسعود وعمران ابن الحصين انتهى لكن قال الحاكم صحيح وقال الذهبي أنه موضوع باطل ، وأورده ابن الجوزي في الموضوع ، وتعقبه السيوطي بأنه ورد من رواية أحد عشر صحابيا .اهـ

3. Ya hadis-hadis dalam kitab Fadhail surah al-Ikhlas oleh al-Khallal ada  yg daif jiddan & palsu.

Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/joinchat/BBhcUDu6GRybrztez3Dc-g

0 Comment "3 in 1: Penilaian Imam al-Haithami, Hadith memandang wajah Ali & status hadith surah al-Ikhlas"

Post a Comment

Thank you for your comments