Hukum Mengucapkan Tahniah di Hari Raya




Disediakan oleh Ustaz Alyasak b. Berhan

Disebutkan oleh al-Khatib al-Syirbini dalam Mughni al-Muhtaj (470-471/1) dan al-Iqna’(beserta Hasyiah al-Bujairimi 454-455/2), Syams al-Ramli dalam Nihayah al-Muhtaj (401-402/2) ;

قال القمولي : لم أر لأصحابنا كلاما في التهنئة بالعيد والأعوام والأشهر كما يفعله الناس ، لكن نقل الحافظ المنذري عن الحافظ المقدسي أنه أجاب عن ذلك بأن الناس لم يزالوا مختلفين فيه ، والذي أراه أنه مباح لا سنة فيه ولا بدعة ا هـ .

وأجاب عنه الشهاب@شيخ الإسلام حافظ عصره ابن حجر بعد اطلاعه على ذلك بأنها مشروعة ، واحتج له بأن البيهقي عقد لذلك بابا فقال : باب ما روي في قول الناس بعضهم لبعض في يوم العيد تقبل الله منا ومنك ، وساق ما ذكره من أخبار وآثار ضعيفة لكن مجموعها يحتج به في مثل ذلك ، ثم قال : ويحتج لعموم التهنئة لما يحدث من نعمة ، أو يندفع من نقمة بمشروعية سجود الشكر والتعزية ، وبما في الصحيحين عن كعب بن مالك في قصة توبته لما تخلف عن غزوة تبوك أنه لما بشر بقبول توبته ومضى إلى النبي صلى الله عليه وسلم قام إليه طلحة بن عبيد الله فهنأه .

Kata al-Qamuli “Aku belum pernah melihat sebarang perbincangan oleh Ashabuna (ulama Syafi’i) tentang ucapan tahniah sempena Hari Raya, tahun-tahun dan bulan-bulan tertentu, sebagaimana yang dilakukan oleh orang ramai. Tetapi al-Hafiz al-Munziri ada menukilkan dari al-Hafiz al-Maqdisi bahawa beliau ada menjawab tentang masalah tersebut, menurutnya; manusia masih terus berselisih mengenainya dan menurut pendapat saya, ianya adalah harus, tidak sunnah dan tidak bidaah padanya”.

Jawab al-Sihab@Syeikh al-Islam, Hafiz pada zamannya Ibn Hajar mengenainya setelah beliau menelaah isu berkenaan bahawa ianya (ucapan tahniah) itu adalah disyariatkan. Beliau berhujah bahwa al-Baihaqi telah meletakkan satu bab tentangnya dengan kata beliau; 
‘Bab apa yang diriwayatkan mengenai kata-kata orang antara satu sama lain pada Hari Raya (تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك)’, dan beliau mengemukakan beberapa khabar dan athar yang dhaif, tetapi boleh dibuat hujah dengan himpunan kesemuanya itu dalam perkara seumpama demikian. Kemudian katanya “ Juga dapat dibuat hujah berdasarkan keumuman ucapan tahniah kerana suatu nikmat yang diperoleh, atau suatu bencana yang terhindar, dengan disyariatkan sujud syukur dan ucapan takziah, dan juga dengan hadis yang terdapat dalam Sahihain; daripada Kaab bin Malik R.A. dalam kisah taubat beliau kerana meninggalkan Perang Tabuk, bahawa beliau semasa diberitakan tentang penerimaan taubatnya dan berjalan menuju kepada Nabi SAW, Talhah bin ‘Ubaidillah telah mendapatkannya dan mengucapkan tahniah kepada beliau, dan Nabi SAW telah mengiyakannya”.

قال ع ش : (قوله : تقبل الله منا ومنك) أي نحو ذلك مما جرت به العادة في التهنئة ومنه المصافحة ، ويؤخذ من قوله في يوم العيد أنها لا تطلب في أيام التشريق وما بعد يوم عيد الفطر ، لكن جرت عادة الناس بالتهنئة في هذه الأيام ، ولا مانع منه ؛ لأن المقصود منه التودد وإظهار السرور ، ويؤخذ من قوله أيضا في يوم العيد أن وقت التهنئة يدخل بالفجر لا بليلة العيد خلافا لما ببعض الهوامش فليراجع

Al-Shabramallisi atau al-Shubramillisi (401-402/2) mengatakan;

 berhubung kata-kata (تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك); yakni dan juga yang seumpama demikian daripada perkara yang telah menjadi adat dalam mengucapkan tahniah, di antaranya ialah berjabat tangan. Difahami daripada kata-kata beliau (al-Ramli); “pada Hari Raya” bahawa ianya tidak dituntut pada hari-hari tasyriq dan juga hari selepas Hari Raya ‘Eidil-Fitri, tapi telah menjadi adat manusia mengucapkan tahniah pada hari-hari tersebut, dan tiada sebarang halangan terhadapnya kerana maksudnya ialah untuk berkasih sayang dan melahirkan kegembiraan. Difahami daripada kata-kata beliau juga; “pada Hari Raya” bahawa waktu ucapan tahniah bermula dengan waktu fajar, bukannya dengan malam Hari Raya, berlawanan dengan apa yang ada dalam sesetengah catatan kitab, maka rujuklah.

قال ش ر: وعبارة شيخنا : وتسن التهنئة بالعيد ونحوه من العام والشهر على المعتمد مع المصافحة إن اتحد الجنس فلا يصافح الرجل المرأة ولا عكسه ومثلها الأمرد الجميل وتسن إجابتها بنحو تقبل الله منكم أحياكم الله لأمثاله كل عام وأنتم بخير ا هـ

Al-Syarwani (56/3) mengatakan bahawa; ibarat syeikh kami;

 “Disunatkan mengucapkan tahniah sempena Hari Raya dan seumpamanya daripada tahun-tahun dan bulan-bulan tertentu mengikut pendapat yang muktamad beserta dengan berjabat tangan sekiranya bersamaan jantina. Maka lelaki jangan berjabat tangan dengan wanita (ajnabiyyah) dan sebaliknya, seumpama perempuan itu adalah amrad yang cantik. Dan disunatkan menjawab ucapan tahniah dengan kata-kata seperti (تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنْكُمْ), (أَحْيَاكُمْ اللَّهُ لِأَمْثَالِهِ) dan (كُلَّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ)”.

قال الجمل : وعبارة البرماوي: والتهنئة بالأعياد والشهور والأعوام مستحبة يستأنس لها بطلب سجود الشكر عند حدوث نعمة وبقصة كعب وصاحبيه حين بشر بقبول توبته لما تخلف عن غزوة تبوك وتهنئة أبي طلحة له وتسن إجابة فيها بنحو تقبل الله منكم أحياكم الله لأمثاله كل عام وأنتم بخير ا هـ
 

Al-Jamal (105/2) mengatakan; 
“Dan ibarat al-Birmawi; Ucapan tahniah sempena perayaan-perayaan (Hari Raya), bulan dan tahun itu adalah mustahab (dituntut), dan dapat dikompromikan dengan tuntutan sujud syukur ketika memperolehi sesuatu nikmat dan dengan kisah Kaab R.A serta dua orang rakannya ketika dia diberitakan dengan penerimaan taubatnya kerana meninggalkan Perang Tabuk dan ucapan tahniah Talhah R.A kepadanya. Dan disunatkan menjawab ucapan tahniah dengan kata-kata seperti (تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنْكُمْ), (أَحْيَاكُمْ اللَّهُ لِأَمْثَالِهِ) dan (كُلَّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ)” tamat nukilan.

Waktu Mengucapkan Tahniah di Hari Raya

Pendapat Pertama

Menurut pendapat pertama, masuknya waktu mengucapkan tahniah bagi Hari Raya ‘Eidil Fitri adalah dengan tenggelamnya matahari (malam raya) dan pada Hari Raya ‘Eidil Adha adalah dengan terbit fajar (masuk Subuh) hari 'Arafah sepertimana takbir raya.

فائدة: قال في الإيعاب و زي و ش ق: التهنئة بالعيد سنة، ووقتها للفطر غروب الشمس، وفي الأضحى فجر عرفة كالتكبير اهـ.

Faedah : Disebutkan di dalam al-I'ab (Syarh al-'Ubab oleh Ibn Hajar al-Haitami), al-Zayyadi dan al-Syarqawi; "Ucapan tahniah sempena Hari Raya adalah sunat. Waktu ucapan tahniah bagi Hari Raya ‘Eidil Fitri adalah dengan tenggelamnya matahari (malam raya) dan pada Hari Raya ‘Eidil Adha adalah dengan terbit fajar (masuk Subuh) hari 'Arafah sepertimana takbir raya." (Bughyah al-Mustarsyidin 89)

Pendapat Kedua

Menurut pendapat kedua pula, masuknya waktu mengucapkan tahniah bagi Hari Raya ‘Eidil Fitri dan ‘Eidil Adha adalah dengan waktu fajar, bukannya dengan malam Hari Raya.

ويؤخذ من قوله أيضا في يوم العيد أن وقت التهنئة يدخل بالفجر لا بليلة العيد خلافا لما ببعض الهوامش فليراجع

Al-Shabramallisi atau al-Shubramillisi (401-402/2) mengatakan; Difahami daripada kata-kata beliau (al-Ramli) juga; “pada Hari Raya” bahawa waktu ucapan tahniah bermula dengan waktu fajar, bukannya dengan malam Hari Raya, berlawanan dengan apa yang ada dalam sesetengah catatan kitab

Wallahu a’lam
اليسع

Rujukan;
1. مغني المحتاج إلى معرفة معاني ألفاظ المنهاج, العلامة شمس الدين محمد بن الخطيب الشربيني, دار المعرفة 1997
2. نهاية المحتاج إلى شرح المنهاج ومعه حاشيتان الشبراملسي والرشيدي, العلامة شمس الدين محمد بن أبي العباس أحمد ابن حمزة الرملي, دار الكتب العلمية 2003
3. تحفة المحتاج بشرح المنهاج ومعه حاشيتان الشرواني والعبادي, العلامة شهاب الدين أحمد بن حجر الهيتمي, مطبعة مصطفى محمد
4. حاشية البجيرمي على الخطيب , الشيخ سليمان بن محمد بن عمر البجيرمي, دار الكتب العلمية 1996
5. حاشية الجمل على شرح المنهج, الشيخ سليمان الجمل, دار إحياء التراث العربي 1305 هـ
 
6.  بغية المسترشدين , مكتبة مصطفى البابي الحلبي 1952

0 Comment "Hukum Mengucapkan Tahniah di Hari Raya"

Post a Comment

Thank you for your comments