[Syarat-syarat Solat Berjemaah] – Matan Al-Yāqūt Al-Nafiṣ شُرُوطُ الْجَمَاعَةِ ثَلَاثَةَ عَشَرَ: 1- أَلَّا يَعْلَمَ الْمـَأْمُ...

[Syarat-syarat Solat Berjemaah] – Matan Al-Yāqūt Al-Nafiṣ

شُرُوطُ الْجَمَاعَةِ ثَلَاثَةَ عَشَرَ:

1- أَلَّا يَعْلَمَ الْمـَأْمُومُ بُطْلَانَ صَلَاةِ إِمَامِهِ.

2- وَأَنْ لَا يَعْتَقِدَهُ.

3- وَأَنْ لَا يَعْتَقِدَ وُجُوبَ قَضَائِهَا عَلَيْهِ.

4- وَأَنْ لَا يَكُونَ الْإِمَامُ مَأْمُومًا.

5- وَأَنْ لَا يَكُونَ أُمِّيًا.

6- وَأَنْ لَا يَقْتَدِيَ الذَّكَرُ أَوْ الْخُنْثَىٰ بِامْرَأَةٍ أَوْ خُنْثَىٰ .

7- وَأَنْ لَا يَتَقَدَّمَ عَلَى إِمَامِهِ فِي الْمـَكَانِ فِي غَيْرِ شِدَّةِ الْخَوْفِ.

8- وَأَنْ يَعْلَمَ انْتَقَالَاتِ إِمَامِهِ.

9- وَأَنْ يَجْتَمِعَا فِي مَسْجِدٍ أَوْ فِي ثَلَاثِ مِئَةِ ذِرَاعٍ تَقْرِيبًا.

10- وَأَنْ يَنْوِيَ الْمـَأْمُومُ الْجَمَاعَةَ أَوْ نَحْوَهَا.

11- وَأَنْ يَتَوَافَقَ نَظْمُ صَلَاتَيْهِمَا.

12- وَأَنْ يُوَافِقَ الْمـَأْمُومُ الْإِمَامَ فِي كُلِّ سُنَّةٍ فَاحِشَةِ الْمـُخَالَفَةِ.

13- وَأَنْ يُتَابِعَهُ.

Syarat-syarat [sah] solat berjemaah adalah tiga belas (13) perkara:

[1] Makmum tidak mengetahui kebatalan solat imamnya.

[2] Makmum tidak mengiktikadkan kebatalan solat imamnya.

[3] Makmum tidak mengiktikadkan kewajipan mengqada’kan
solat berjemaah tersebut.

[4] Imam tidak menjadi makmum [bagi imam yang lain].

[5] Imam bukanlah seorang ummī [yang tidak mampu membaca
surah al-Fātiḥah dengan betul walaupun satu huruf].

[6] Makmum yang lelaki atau khuntha tidak mengikut [imam] perempuan atau khuntha.

[7] Makmum tidak terkehadapan mendahului imam pada tempat solat selain dari solat khawf.

[8] Makmum mengetahui perpindahan-perpindahan imamnya

[9] Kedua-dua mereka (imam dan makmum) berhimpun di dalam masjid atau [di tempat tidak melebihi jarak] sebanyak tiga ratus (300) hasta lebih kurang [di antara kedua-duanya].

[10] Makmum hendaklah berniat solat berjemaah atau seumpamanya.

[11] Naẓm (susun atur perbuatan) kedua-dua solat makmum dan imam adalah sama.

[12] Makmum hendaklah bermuwāfaqah dengan imam pada setiap perkara sunat yang mukhālafahnya [dihukumkan] keji [iaitu membatalkan solat].

[13] Makmum hendaklah mengikut imam [secara mutābaʿah dan bukan secara muqāranah (serentak) atau taqaddum (mendahului) atau ta’akkhur/ takhalluf (terlewat) [yang boleh membatalkan solat]].

PENUNTUT ILMU & MASJID HATI UMMAH



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/844415027470350

0 Comment "[Syarat-syarat Solat Berjemaah] – Matan Al-Yāqūt Al-Nafiṣ شُرُوطُ الْجَمَاعَةِ ثَلَاثَةَ عَشَرَ: 1- أَلَّا يَعْلَمَ الْمـَأْمُ..."

Post a Comment

Thank you for your comments