Photos from Penuntut Ilmu's post

MENGAPA GOLONGAN WAHHĀBI SUKAR BERUBAH DAN KEMBALI BERTAUBAT?

Al-ʿAllāmah al-Shaykh Ṭāhir Sunbul al-Ḥanafī:

Bid’ah al-Najdiyyah al-Wahhābiyyah Sukar Diubati [Melainkan dengan Rahmat Allah] Berdasarkan Hadith Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

* * * * *
Al-Shaykh al-ʿAllāmah Yūsuf al-Nabhānī, di dalam kitabnya “Shawāhid al-Ḥaqq fī al-Istighāthah bi Sayyid al-Khalq,” muka surat: 52-53, cetakan Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah, menyebut:

نقل سيدي السيد أحمد دحلان في كتابه (( خلاصة الكلام في بيان أمراء البلد الحرام )) عن العلامة السيد علوي بن أحمد بن حسن ابن القطب سيدي عبد الله بن علوي الحداد في كتابه الذي ألفه في الرد على الوهابية المسمى (( جلاء الظلام في رد على النجدي الذي اضل العوام ))، قال فيه

“[Mufti Mazhab Syafie di Mekah al-Imām al-ʿAllāmah] Sayyidī al-Sayyid Aḥmad Zaynī Daḥlān telah menukilkan di dalam kitabnya “Khulāṣat al-Kalām fī Bayān Umarā’ al-Balad al-Ḥarām”, daripada Al-ʿAllāmah al-Sayyid ʿAlawī bin Aḥmad bin Ḥasan bin al-Quṭb Sayyidī ʿAbdullāh bin ʿAlawī al-Ḥaddād di dalam kitabnya yang dikarang untuk menolak Wahhabiyyah bertajuk “Jalā’ al-Ẓalām fi al-Radd ʿalā al-Najdī alladzī Aḍall al-ʿAwāmm”, beliau berkata:

لما وصلت الطائف لزيارة حبر الأمة عبد الله بن عباس رضي الله عنهما اجتمعت بالعلامه الشيخ طاهر سنبل الحنفي ابن العلامه الشيخ محمد سنبل الشافعي، فأخبرني أنه ألف كتابا في الرد على هذه الطائفة سماه (( الانتصار للأولياء الأبرار ))، وقال لي: لعل الله ينفع به من لم تدخل بدعة النجدي في قلبه.

“Apabila aku sampai ke Ṭā’if untuk menziarahi maqam Sayyidina ʿAbdullāh Ibnu ʿAbbās رضي الله عنهما, aku bertemu dengan al-ʿAllāmah al-Shaykh Ṭāhir Sunbul al-Ḥanafī, anak kepada al-ʿAllāmah al-Shaykh Muḥammad Sunbul al-Shāfiʿī. Maka beliau memberitahuku bahawa beliau ada mengarang kitab untuk menolak bid’ah golongan [Wahhābiyyah] ini dan beliau menamakan kitab tersebut “Al-Intiṣār li al-Awliyā’ al-Abrār” (Kemenangan bagi Wali-wali Allah Yang Soleh), dan beliau berkata kepadaku:

“Semoga Allah memanfaatkan buku ini bagi sesiapa sahaja yang belum masuk bid’ah al-Najdī [al-Wahhābī] ke dalam hatinya.

وأما من دخلت في قلبه، فلا يرجى فلاحه لحديث البخاري: (( يمرقون من الدين ثم لا يعودون فيه ))، انتهت عبارته

Dan adapun sesiapa sahaja yang telah masuk bid’ah itu ke dalam hatinya, maka tidak diharapkan kejayaannya kerana sabdaan Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhāri menyebut: (( Mereka (Khawārij-Wahhābiyyah) terpancar keluar dari agama [yang lurus] dan kemudian mereka tidak akan kembali lagi )).”

Selesai kata-kata beliau.

Dan al-Imām al-Ghazālī telah berkata dalam kitab “Ilmu” di dalam Iḥyā’ ʿUlūm al-Dīn:

وقال الإمام الغزالي في كتاب العلم من إحياء علوم الدين: أما المبتدع بعد أن يعلم من الجدل ولو شيئا يسيرا فقلما ينفع معه الكلام، فإنك إن أفحمته لم يترك مذهبه وأحال بالقصور على نفسه وقدر أن عند غيره جوابا ما وهو عاجز عنه وإنما أنت ملبس عليه بقوه المجادلة،

“Dan ahli bid’ah itu apabila dia telah mengetahui perdebatan [bagi mempertahankan bid’ahnya] walaupun sedikit, maka perbincangan dengannya sangat sedikit manfaatnya.

Sesungguhnya apabila kamu berjaya mendiamkan dia dengan hujah kamu, dia tidak akan meninggalkan mazhabnya, bahkan dia akan mengatakan bahawa itu adalah kerana kekurangan dirinya dan dia menganggap bahawa orang lain [daripada mazhab bid’ahnya itu] mempunyai jawapan yang dia tidak mampu menjawabnya; dan engkau tidak lain hanyalah mampu mengalahkannya dengan kekuatan perdebatan.”

وأما العافي إذا صرف عن الحق بنوع جدل يمكن أن يرد إليه بمثله قبل أن يشتد التعصب للأهواء، فإذا اشتد تعصبهم وقع اليأس منهم إذ التعصب سبب يرسخ العقائد في النفوس ا.هـ.

Adapun orang yang diberi keafiatan [di kalangan mereka oleh Allah] itu ialah orang yang terpesong daripada kebenaran dengan sedikit perdebatan, namun dia masih boleh diselamatkan sebelum bertambah kuat taksubnya yang mengikut hawa nafsu, maka apabila bertambah kuat taksubnya, terjadilah putus harapan untuk menyelamatkannya kerana sifat taksub itu menjadi sebab bertambah kukuhnya akidah-akidah sesat dalam diri manusia.”

Selesai kata-kata al-Imām al-Ghazālī.

ولهذا لم يكن قصدي من تأليف هذا الكتاب هداية الوهابية وأشباههم ممن امتزجت هذه البدعة الخبيثة بلحمهم ودمهم، ولكن قصدي الوحيد هو تفهيم المسلمين من أهل المذاهب الثلاثة عموما والحنابلة غير الوهابية أن هذه البدعة مخالفة لما عليه جمهور الأمة المحمدية.

“Maka dengan sebab itulah, bukan niatku ketika mengarang kitab ini untuk memberi hidayah kepada golongan al-Wahhābiyyah dan golongan seumpama dengannya yang telah bercampur bid’ah yang kotor ini dengan daging dan darah mereka.

Akan tetapi satu-satunya niatku adalah untuk memberi kefahaman kepada orang-orang Islam daripada mazhab fiqh yang tiga (Hanafi, Maliki & Syafie) secara umum dan orang bermazhab Hanbali yang bukan al-Wahhābiyyah bahawa bid’ah ini adalah bertentangan dengan pegangan jumhur umat Nabi Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

وقد نقلت عن علماء المذاهب الأربعة تشنيعهم فيها على ابن التيمية بل تجاوز إلى تكفيره بعض العلماء الفحول، وإن كان ذلك غير مرضي ولا مقبول.

“Dan aku telah nukilkan pendapat daripada ulama’ mazhab yang empat penolakan dan kritikan mereka ke atas Ibnu Taymiyyah, bahkan sebahagian daripada para ulama’ yang ulung ini telah mengkafirkan beliau, walaupun [pengkafiran] itu bukanlah sesuatu yang diredai dan diterima [oleh kita].

فإذا علمت ذلك أيها المسلم السني من أهل المذاهب الإسلامية، فإياك أن يخدعك الشيطان أو أحد من أعوانه ممن حقت عليهم كلمة الخسران، وقد كثروا في هذا الزمان، ويزين لك هذه البدعة الخبيثة التيمية الوهابية مع دعوى الاجتهاد المطلق وترك تقليد المذاهب في الأحكام الشرعية، فإن في ذلك هلاك دينك أيها المسكين فاتق الله في نفسك واستعذ به سبحانه من الشياطين وإخوان الشياطين، وحسبنا الله ونعم الوكيل وهو يقول الحق وهو يهدي السبيل.

“Maka apabila kamu mengetahui perkara ini wahai Muslim Ahli Sunnah daripada mazhab-mazhab Islam [yang muktabar], berhati-hatilah kamu daripada penipuan syaitan atau salah seorang daripada pembantu-pembantunya (syaitan) yang telah tertahqiq ke atas mereka azab kerugian, dan sungguh ramai golongan yang demikian pada zaman ini.

Dan mereka menghias bagi kamu bid’ah Taymiyyah Wahhābiyyah yang buruk ini dengan dakwaan-dakwaan ijtihad mutlaq dan meninggalkan taqlid dengan mazhab-mazhab [muktabar] dalam hukum ahkam Syariat; sesungguhnya di dalam hal ini ada kemusnahan bagi agama kamu wahai si miskin.

Maka bertaqwalah kepada Allah pada diri kamu, dan mintalah pertolongan dengan-Nya dari [tipu daya] syaitan-syaitan dan saudara mara syaitan.

Dan cukuplah bagi kami Allah, dan Dialah sebaik-baik pemelihara dan Dia-lah yang berfirman dengan kebenaran dan Dia lah yang menunjukkan jalan [petunjuk].”







(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/834130535165466

0 Comment "Photos from Penuntut Ilmu's post"

Post a Comment

Thank you for your comments